Pengenalan

Bahagian Governan IPTS adalah merupakan Bahagian baru di bawah Sektor Pengurusan IPTS, JPT. Bahagian ini diwujudkan melalui penstrukturan semula Kementerian Pengajian Tinggi di mana waran perjawatannya telah diluluskan pada 15 Julai 2007. Melalui waran perjawatan ini sebanyak 14 jawatan telah diluluskan kepada Bahagian Governan IPTS yang terdiri daripada seorang Pengarah Gred 54 (Jawatan Terbuka), dua orang Ketua Penolong Pengarah Gred M48, dua orang Penolong Pengarah Kanan di Gred 44 (seorang M44 dan seorang DG44), empat orang Penolong Pengarah di Gred 41 (dua orang M41 dan dua orang DG41), dan 5 anggota sokongan yang terdiri daripada seorang Ketua Pembantu Tadbir Gred N22, dua orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred dan seorang Pembantu Am Pejabat Gred N1.

Peranan

Selaras dengan visi Jabatan Pendidikan Tinggi iaitu untuk menjadikan institusi pendidikan tinggi di Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia, Bahagian Governan IPTS sebagai salah satu Bahagian di bawah Sektor Pengurusan IPTS akan memainkan peranan sebagai penggubal,penentu halatuju dan penganalisis dasar pendidikan tinggi swasta.

Objektif

  • Bagi memastikan peranan di atas dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya, objektif-objektif Bahagian Governan IPTS telah ditetapkan seperti berikut:
  • Memastikan dasar, perancangan dan halatuju pendidikan tinggi swasta selaras dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan, Rancangan Malaysia Ke-9 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara;
  • Memastikan perundangan, peraturan, instrumen, dan (mekanisme jaminan kualiti) dan kawal selia institusi adalah mantap dan terkini seiring perkembangan semasa;
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan yang relevan dalam aspek pengajian tinggi swasta;
  • Mewujudkan persekitaran perhubungan yang kondusif dan harmoni melalui usaha pembinaan jaringan yang akrab dengan agensi-agensi Kerajaan, badan-badan swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan di luar negara;

Berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan, dua unit akan diwujudkan di bawah Bahagian Governan IPTS. Unit-unit yang dimaksudkan serta fungsinya adalah seperti berikut:

Unit Perancangan dan Penyelarasan Dasar

  • Mengurus semakan serta pindaan ke atas Jawatankuasa Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya;
  • Menggubal dasar-dasar baru bagi memastikan perkembangan, pembangunan dan halatuju pendidikan tinggi swasta adalah selaras dengan dasar semasa serta wawasan Negara dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara;
  • Merangka dan menyelaras penyelidikan berkaitan pendidikan tinggi swasta bagi menilai dan memantapkan dasar sedia ada;
  • Mengurus hal ehwal berkaitan Memorandum/Nota Jemaah Menteri, ulasan Memorandum Jemaah Menteri, maklumbalas Mesyuarat Jemaah Menteri dan Pasca Kabinet serta penyediaan jawapan soalan Parlimen.

Unit Pelaksanaan Projek Khas

  • Memastikan dasar, perancangan dan halatuju pendidikan tinggi swasta selaras dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan, Rancangan Malaysia Ke-9 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara;
  • Memastikan perundangan, peraturan, instrumen, dan (mekanisme jaminan kualiti) dan kawal selia institusi adalah mantap dan terkini seiring perkembangan semasa;
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan yang relevan dalam aspek pengajian tinggi swasta;
  • Mewujudkan persekitaran perhubungan yang kondusif dan harmoni melalui usaha pembinaan jaringan yang akrab dengan agensi-agensi Kerajaan, badan-badan swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan di luar negara;

Carta Organisasi | Direktori