Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan 

  • Menguruskan perkara berkaitan pentadbiran.
  • Menguruskan perkara berkaitan perkhidmatan, perjawatan dan sumber manusia.
  • Menguruskan perkara berkaitan kewangan.
  • Mengurusetia mesyuarat-mesyuarat peringkat Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Melaksanakan kursus dan latihan bagi para pegawai dan kakitangan.
  • Menguruskan perkara-perkara lain yang pengurusan kualiti dan khidmat pelanggan.

Fungsi Unit Perkhidmatan 

  • Menguruskan hal ehwal berkaitan perkhidmatan, perjawatan dan pengurusan sumber manusia termasuk pegawai-pegawai home based di Jabatan Penuntut Malaysia dan Pejabat Promosi Pendidikan luar Negara.
  • Merancang, melaksana dan menguruskan perancangan keperluan latihan dan program-program latihan untuk warga JPT.
  • Menguruskan aspek keutuhan seperti pengurusan tatatertib, dan Pelan Integriti Nasional peringkat Jabatan.
  • Menguruskan sistem e-SIS (sistem yang dibangunkan khusus untuk pegawai dari skim DH).
  • Menguruskan sistem HRMIS.

Fungsi Unit Kewangan 

  • Menentukan dan memastikan pengagihan sumber kewangan Jabatan kepada setiap Bahagian dibuat dengan sewajarnya.
  • Menyelaras, mengurus dan mengawal Anggaran Belanja Mengurus Tahunan Jabatan.
  • Menyelaras dan memantau prestasi perbelanjaan bulanan Jabatan bagi memastikan peruntukan yang diterima dapat dibelanjakan secara optimum dan berhemah.
  • Mengurus hal-hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran kewangan Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mengurus hal-hal berkaitan pembayaran gaji, tuntutan perjalanan, tuntutan ELM dan lain-lain bayaran yang berkaitan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mengurus dan mengakaunkan semua terimaan wang dan hasil Jabatan serta menyediakan Penyata Terimaan dan Akaun Bayaran.
  • Menyelaras, menyedia dan mengemukakan jawapan / maklum balas terhadap pertanyaan dan teguran audit mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan permohonan pembayaran di bawah AP58(a) dan AP59.
  • Mengurus dan menyelaras pengurusan perolehan Jabatan.
  • Mengurus dan mengawalselia hal-hal berkaitan pengurusan aset dan stor Jabatan Pengajian Tinggi.
  • Mengawalselia pelaksanaan polisi-polisi kewangan, arahan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Fungsi Unit Pentadbiran 

  • Menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mengurus hal-hal keselamatan Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mengurus pergerakan pemandu jabatan.
  • Mengurus urusan logistik jabatan.
  • Menyelaras urusan keurusetiaan Jabatan.
  • Mengurus kenderaan pejabat.
  • Mengurus tempahan perjalanan.

Fungsi Unit Kualiti dan Khidmat Pelanggan 

  • Mengurus pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mengurus pelaksanaan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK).
  • Mengurus dan menyelaras aduan dan maklum balas pelanggan.

Fungsi Unit Komunikasi Strategik 

  • Mengurus mengendalikan portal Jabatan.
  • Merancang dan menguruskan penerbitan video korporat, laporan tahunan, brochure serta lain lain bentuk penerbitan bagi tujuan mempromosikan Jabatan.
  • Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media (Press Release), kenyataan akhbar (Press Conference), siaran media dan temu bual khas media cetak dan elektronik.
  • Memastikan maklumat dan informasi terkini Jabatan disebarkan secara efektif sama ada melalui laman web atau pun media cetak

Carta Organisasi Muat Turun Direktori