Pengenalan 

Berdasarkan penstrukturan SPIPTS terbaru iaitu pada Julai 2007, Bahagian Pendaftaran (BPP), secara rasminya mempunyai 5 unit utama iaitu Unit IPTS, Unit Piawaian, Unit Ekspatriat, Unit Universiti Swasta dan Unit Pendaftaran. Ini bermakna telah berlaku satu pertambahan unit baru iaitu unit pendaftaran dengan perpisahan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di mana kerja-kerja pendaftaran telah diambil alih dari Jabatan Pendidikan Negeri ke Kementerian Pengajian Tinggi. Pada 2013, kembali bergabung menjadi sebahagian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fungsi 

  • Menguruskan permohonan untuk menubuh dan mendaftarkan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS)/cawangan IPTS.
  • Menguruskan permohonan pengendalian kursus pengajian & pindaan syarat kelulusan pengendalian kursus pengajian.
  • Menguruskan permohonan untuk meminda syarat-syarat kelulusan penubuhan dan pendaftaran IPTS.
  • Mengurus permohonan perlantikan, pendaftaran, dan pengkanselan ketua eksekutif IPTS.
  • Menguruskan penutupan dan pengkanselan pendaftaran IPTS.
  • Mengkaji & menetapkan peraturan, prosedur, instrumen, dan mekanisme pengurusan semua jenis permohonan IPTS bagi tujuan jaminan kualiti.
  • Menetapkan piawaian/kriteria berhubung permohonan penubuhan dan pandaftaran IPTS.
  • Menguruskan permohonan IPTS untuk merekrut pelajar antarabangsa.
  • Menguruskan permohonan IPTS untuk mendapatkan pas penggajian bagi tenaga pengajar atau pegawai eksekutif ekspatriat yang akan berkhidmat di IPTS.

Carta Organisasi Direktori