Pengenalan 

Peranan utama Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat adalah untuk mengawal selia institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dengan memastikan kesemua peruntukan perundangan pendidikan yang berkaitan dengannya dipatuhi. Pada masa ini terdapat tiga unit di bawah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat iaitu Unit Penyeliaan & Pemantauan, Unit Aduan & Pemeriksaan dan Unit Khidmat & Bantuan Pelanggan.

Fungsi 

  • Menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan ke atas IPTS bagi memastikan dasar dan peruntukan perundangan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan peraturan-peraturan di bawahnya dipatuhi.
  • Mengenalpasti dan menangani isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan perkidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh IPTS adalah berkualiti.
  • Menjalankan siasatan terhadap ketidakakuran dan salah laku IPTS dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian selaras dengan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
  • Mengambil tindakan perundangan melalui kompaun dan pendakwaan terhadap IPTS yang dikenalpasti menyalahi peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan peraturan-peraturan di bawahnya; dan
  • Memberi khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling dan konsultasi kepada pelanggan.

Carta Organisasi Direktori