Fungsi

  • Menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk Program Pengajian Lepasan SPM / Setaraf, Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf, Program Diploma Pendidikan dan Program Pengajian Sarjana Perubatan.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM / Setaraf, Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf, Program Diploma Pendidikan dan Program Pengajian Sarjana Perubatan.
  • Memantau perimbangan pelajar Sains-Sastera bagi Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan dasar bagi kemasukan pelajar asing ke IPTA.
  • Membangun, melaksana dan merealisasikan pengurusan Kerajaan Elektronik.
  • Mengurus dan menyelaras perkhidmatan kaunseling dan Program Outreach bagi persiapan pelajar untuk kemasukan ke IPTA.
  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan pentadbiran kewangan di BPKP JPT termasuk Akaun Amanah.
  • Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan data kemasukan ke IPTA dan memantapkan kawal seliaan.

Carta Organisasi | Direktori