Pengenalan 

Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM (dahulunya, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) menekankan pentingnya membina satu sistem penilaian saintifik bagi jurnal-jurnal ilmiah di Malaysia. Bagi merealisasikannya, KPM telah menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia, PSM pada April 2011. Penubuhan pusat ini selari dengan aspirasinya di dalam Teras ke-3 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu dalam memperkukuh penyelidikan dan inovasi di institusi pengajian tinggi. Ia dapat menyokong Pelan Tindakan PSPTN yang berikut:

  • Item 5.24 (iii) Meningkatkan kolaborasi sistem penyelidikan IPT dengan rantaian Sistem Inovasi Kebangsaan menerusi peningkatan kualiti penyelidikan dan penerbitan.
  • Item 5.24 (xii) Menggalakkan dan membantu penyelidik dalam penulisan jurnal berwasit (refereed journal) dan berimpak tinggi.
  • Item 5.24 (xiii) Memperkasakan jurnal tempatan terpilih setanding dengan jurnal antarabangsa.
  • Item 9.28 (v) Mempertingkatkan keupayaan, penyusunan, dan penganalisisan data berkaitan dengan semua aspek pengajian tinggi.

PSM bertanggungjawab untuk mengumpul, memantau, menyelaras dan meningkatkan standard penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia. Pusat ini terlibat terutamanya di dalam penyelidikan dan penilaian komunikasi ilmiah di Malaysia, pembangunan pangkalan data jurnal serta pembangunan dan penyelidikan perisian sitasi.

Kronologi Penubuhan

  • 15 Oktober 2010:  Kelulusan penubuhan PSM diterima melalui Memorandum Jemaah Menteri.
  • 15 Februari 2011: Mula beroperasi di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM.
  • 24 Februari 2012: MOF meluluskan cadangan penubuhan PSM secara sementara dengan 7 jawatan berkuatkuasa selama 3 tahun (1 Feb 2012 hingga 31 Jan 2015).
  • 27 Ogos 2012: Berpindah ke Bangunan JPT, KPT.

Visi 

Menjadi organisasi cemerlang dalam memartabatkan pengetahuan ilmiah Malaysia.

Misi 

Memperkasa keterlihatan pengetahuan ilmiah Malaysia ke peringkat global dalam membangunkan ekosistem inovasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan institusi

Objektif

  • Memperkasakan Repositori Penerbitan Ilmiah Negara;
  • Menjana Dan Menyebarkan Data Analitik Prestasi Penerbitan Ilmiah Negara;
  • Meningkatkan Visibiliti Penerbitan Ilmiah Negara Ke Peringkat Global Melalui Kerjasama Dengan Agensi Pengindeksan Serantau Dan Antarabangsa;
  • Pemantauan Prestasi Jurnal Ilmiah Tempatan Dan Pengesyoran Kepada Pangkalan Data Antarabangsa;
  • Menonjolkan Kecemerlangan Bakat Penyelidik Dan Institusi Berdasarkan Penerbitan Ilmiah Berkualiti Di Peringkat Tempatan Dan Antarabangsa.

Carta Organisasi | Direktori