Soalan Lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA (UPU) Jabatan Pengajian Tinggi

 

Permohonan

1.            Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009 disiarkan?

Pelawaan  iklan  permohonan  kemasukan  ke  IPTA  bagi Sesi Akademik 2008/2009:

1.  Lepasan Diploma/Setaraf: 06 Januari 2008
2.  Lepasan STPM/STAM: 03 Februari 2008
3.  Lepasan SPM/Setaraf: 03 Februari 2008

2.            Bilakah  Pemohon  boleh mengemukakan  permohonan kemasukan ke IPTA?

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009 boleh  dikemukakan  mengikut  program  melalui  Aplikasi  Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut;

1.  Lepasan Diploma/Setaraf: 07 Januari 2008 (capaian mulai 12 tengah hari)
2.  Lepasan  STPM/STAM:  04  Februari  2008  (capaian  mulai  12 tengah hari)
3.  Lepasan  SPM/Setaraf:  04  Februari  2008  (capaian  mulai  12 tengah hari)

3.         Bilakah  tarikh  tutup  Permohonan  Kemasukan  ke  IPTA  Sesi Akademik 2008/2009?

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:-

(a)     Lepasan Diploma/Setaraf- 07 Februari 2008
(b)    Lepasan  STPM 2007 -  10 hari  bekerja  selepas  keputusan STPM 2007 diumumkan
(c)     Lepasan  STAM  2007,2006,2005-  10  hari  bekerja  selepas keputusan  STAM tahun 2007
(d)    Lepasan SPM- (Kategori B, C dan D) – 04 Mac 2008
(e)    Lepasan SPM 2007- 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2007

4.         Bagaimanakah untuk mendapatkan borang  permohonan kemasukan ke IPTA ?

Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada sebarang penjualan boring permohonan  kerana  permohonan  kemasukan  ke  IPTA  adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya.

Terdapat  2  kaedah  untuk  mendapatkan  Number  Unik  ID  bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian:

I.       Pesanan secara pukal melalui sekolah;
II.      Pembelian  terus  di  kaunter  BSN  terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan;

5.         Perlukah  saya  sertakan  salinan  sijil  sebagai  bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?

Tidak  perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.         Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?

Lepasan STPM/Setaraf – Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang  perlu  mencetak  maklumat  permohonan  dan  menghantar bersama-sama  dengan  salinan  dokumen-dokumen  yang  telah disahkan ke IPTA pilihan.

Lepasan SPM/Setaraf – Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama  dengan  salinan  dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7.         Bilakah    keputusan   permohonan   ke   IPTA   Sesi   Akademik 2008/2009 diumumkan?

Program Pengajian  Lepasan  STPM/Setaraf –  Minggu  akhir  Jun 2008.

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf – Minggu pertama Mei 2008.


8.         Bolehkah pemohon  Bukan Warganegara  memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf  terbuka kepada WARGANEGARA sahaja.

9.         Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?

Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus  ke  IPTA  pilihan  melalui Pejabat  Pendaftar  Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon  melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.

10.      Adakah pemohon dibenarkan  membuat  pertukaran/  pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?

Pemohon hanya boleh mengemaskini maklumat sebanyak 3 kali sahaja.  Selepas 3  kali peluang  kemaskini,pemohon tidak dibenarkan lagi membuat pengubahsuai maklumat.

11.      Adakah  pemohon  dibenarkan  menukar  program  pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?

Tidak dibenarkan.

12.      Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?

Tidak dibenarkan.

13.      Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?

Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di  Jabatan  Pendaftaran  Negara  terdekat  ATAU  dapatkan  surat sumpah dari Mahkamah.

14.      Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA
bagi Sesi Akademik 2008/2009?

Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan  STPM/Setaraf yang memohon  ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.

 

Hebahan/ Pertanyaan

15.      Bagaimanakah      untuk      mendapatkan      status      keputusan permohonan   ke    IPTA    bagi    program    Pengajian    Lepasan
STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?

Anda  boleh  meyemak  status  keputusan  permohonan  ke  IPTA
melalui 3 kaedah berikut:

(i)  UPUinfoLINE – 600-83789 (ii) Internet
-    http://www.mohe.gov.my
-    http://www.jpt.uum.edu.my
-    http://www.jpt.utm.my

(iii) SMS Taip UPU<space><No KP> dan hantar kepada 32300

16.       Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?

Anda  diminta  merujuk  Perbadanan  Tabung  Pendidikan  Tinggi
Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769

Jika  ada  soalan-soalan  lain  berkenaan  dengan  kemasukan  ke
IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mail kami:

upu@mohe.gov.my

 

Aplikasi Dalam Talian

17.      Adakah    kata     laluan     perlu    dimasukkan    semasa    proses
permohonan     dan     apakah     bentuk     format     yang     boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan?

Semasa proses permohonan, anda diwajibkan memasukkan tiga elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Unik ID dan Kata Laluan. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara ‘alphanumeric’ sahaja supaya ianya mudah untuk diingati oleh anda.

18.      Sekiranya saya kehilangan Nombor Unik ID setelah membuat permohonan,  apakah  langkah  atau  cara  terbaik  untuk  saya melaksanakan proses kemas kini atau semakan permohonan?

Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID semasa permohonan Fasa 1 dan Fasa 2, anda boleh menggunakan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan awal untuk membuat proses kemas  kini  maklumat  permohonan  atau  semakan  permohonan.

Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata  Laluan, anda  perlu  memaklumkan  kepada  kaunselor Kolej Matrikulasi, Pegawai PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP.

19.      Saya membeli Nombor Unik ID dan mendapati Nombor Unik ID yang dibeli di BSN sama dengan rakan saya, apakah terdapat sebarang kesilapan yang mungkin timbul di BSN dan apakah ciri-ciri  keselamatan  yang  diterapkan  dalam  Aplikasi  Dalam Talian ini?

Tiada sebarang kesilapan Nombor Unik ID yang dihasilkan oleh BSN  walaupun  anda  mendapati  Nombor  Unik  ID  anda  sama dengan  rakan  anda,  dan  ini  adalah  kerana semua  penghasilan Nombor  Unik  ID  adalah  berdasarkan  Nombor  Kad  Pengenalan.

Bagi    mengemukakan     permohonan,     anda    perlu    memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID dan Kata Laluan. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

20.      Bagaimanakah    caranya    untuk    saya    mengetahui    program pengajian  yang  dipilih  adalah  program  pengajian  yang  ada temu duga?

Program  pengajian  yang  ada  temu  duga  boleh  dikenal  pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:-

KH03 - Sarjana Muda Senibina #

21.      Adakah  saya  perlu  menghantar  apa-apa  dokumen  seperti salinan  Kad  Pengenalan,  Slip  Keputusan  dan  sebagainya kepada IPTA atau BPKP?

Anda tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA atau BPKP walaupun memilih program pengajian yang ada temu duga. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan dokumen/ sijil asal ketika menghadiri temu duga.

22.      Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?

Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman  SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan      anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat  permohonan  yang  dicetak  selain  daripada  laman  ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23.      Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah
selamat diterima oleh sistem ?

Pemohon  boleh  mengetahui  sama  ada  maklumat  telah  diterima atau  belum  dengan  memastikan  setelah  klik  butang  “Sah  & Hantar”, paparan “Selesai” dipaparkan. Selain itu, pemohon juga boleh  membuat  Semakan  Permohonan  bagi  mengetahui  status penerimaan sistem atas maklumat yang telah dihantar.

24.      Semasa     permohonan    Fasa    1,    saya     belum     menduduki peperiksaan  semester  kedua  untuk  memperolehi  keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/ PASUM, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?

Anda     boleh     membuat     pilihan     program    pengajian     semasa permohonan  Fasa  1  berdasarkan  keputusan  Semester  Pertama dan  setelah  keputusan  semester  akhir  diketahui,  anda  boleh membuat  pengemaskinian  pilihan  program  pengajian  semasa permohonan  Fasa  2  dibuka  berdasarkan  keputusan  sebenar.

Perlu  diingatkan  program pengajian  yang mempunyai  ujian  dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25.      Adakah  pemohon  wajib  menduduki  ujian  MEdSI  dan  Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?

Calon  yang  ingin  mengikuti  Program  Pengajian  Ijazah  Sarjana Muda  Pendidikan  diwajibkan  menduduki  ujian  MEdSI  dan  temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon  yang  memenuhi  Syarat  Am  serta  Syarat  Khas  program sahaja      akan      dipanggil      untuk      menghadiri      ujian      MEdSI.

Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai 10 April 2008 di laman  web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my