Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE)

Penubuhan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) adalah bertujuan untuk memacu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Kepelbagaian CoE yang ditubuhkan juga merupakan antara usaha yang dijalankan untuk membudayakan dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPT secara amnya. Penarafan CoE di IPT sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (Higher Institution Centres of Excellence, HICoE) adalah salah satu langkah strategik untuk melonjakkan HICoE yang telah dinobatkan untuk menjadi peneraju dalam bidang nic masing-masing ke peringkat kebangsaan dan seterusnya dipupuk dan dilonjakkan ke arah mencapai taraf antarabangsa. Selain itu, bidang nic HICoE tersebut juga akan mendukung sembilan (9) Sektor Keutamaan Negara. Sehingga kini 2016, terdapat 16 HICoE yang telah diiktiraf oleh Kementerian. HICoE yang diiktiraf seterusnya akan dipupuk dan dipandu arah melalui pemberian dana suntikan dan pemantauan berterusan untuk dilonjakkan pencapaiannya dalam bidang nic masing-masing ke peringkat antarabangsa yang senantiasa kompetitif di dalam Ekosistem Inovasi Malaysia.

Sistem Penilaian Universiti Penyelidikan

Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 telah bersetuju mengiktiraf Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) dan Universiti Malaya (UM) sebagai Universiti Penyelidikan. Selaras dengan Teras Tiga (3) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk memperteguh penyelidikan dan inovasi, adalah menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi supaya lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi (IPT) dapat diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan di mana sekurang-kurangnya enam (6) Universiti Penyelidikan disasarkan menjelang 2020.

Tujuan  

Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 telah bersetuju mengiktiraf Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM),Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) dan Universiti Malaya (UM) sebagai Universiti Penyelidikan. Selaras dengan Teras Tiga (3) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk memperteguh penyelidikan dan inovasi, adalah menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi supaya lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi (IPT) dapat diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan di mana sekurang-kurangnya enam (6) Universiti Penyelidikan disasarkan menjelang 2020.

Objektif Universiti Penyelidikan

  • Meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkormersilan (R&D&C);
  • meningkatkan bilangan pelajar pasca siswazah dan pasca doktoral;
  • meningkatkan bilangan pensyarah yang mempunyai PhD;
  • meningkatkan bilangan pelajar asing;
  • mengukuhkan pusat-pusat kecemerlangan; dan
  • meningkatkan kedudukan atau ranking IPT.

Objektif Sistem Penilaian Universiti Penyelidikan

Kementerian telah membangunkan Sistem Penilaian Universiti Penyelidikan bertujuan membantu IPT untuk membuat penilaian kendiri (self-assessment) terhadap lapan (8) kriteria Universiti Penyelidikan. Hasil penilaian kendiri (self-assessment) tersebut boleh digunakan bagi tujuan berikut:-

IPT yang mencapai 75% ke atas berdasarkan penilaian kendiri (self-assessment) bolehlah mengemukakan permohonan untuk diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan. Pengiktirafan adalah tertakluk kepada proses penilaian Jawatankuasa Universiti Penyelidikan meliputi penilaian data/dokumen dan audit fizikal (site-audit) bagi mengesahkan data/dokumen yang dikemukakan.

Hasil penilaian kendiri (self-assessment) tersebut turut boleh digunakan oleh IPT yang telah pun diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan untuk memantau prestasi masing-masing secara tahunan di mana hendaklah terdapat peningkatan skor pada setiap tahun.

Sekiranya sesebuah IPT masih belum bersedia untuk diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan, hasil penilaian kendiri (self-assessment) boleh juga digunakan bagi menilai pencapaian masing-masing dalam aspek penyelidikan.

Permohonan untuk diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan

Permohonan untuk diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan ini adalah terbuka sepanjang masa apabila sesebuah IPT bersedia.

IPT yang berminat untuk diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan bolehlah  memohon dengan mengisi data lima (5) tahun dalam Borang Soal Selidik Universiti Penyelidikan. Sila rujuk kepada Glosari sebagai panduan dalam mengisi Borang Soal Selidik Universiti Penyelidikan tersebut.

Borang Soal Selidik Universiti Penyelidikan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Kementerian melalui e-mel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi tujuan pengesahan.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urus Setia Universiti Penyelidikan di talian 03-88835866/5930.

Klik untuk muat turun Borang Soal Selidik Universiti Penyelidikan.
Klik untuk muat turun Glosari Borang Soal Selidik Universiti Penyelidikan.