Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 1922 di London, England. Beliau mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Seterusnya, memperolehi Diploma in Arts daripada Raffles College, Singapore pada tahun 1947 dan diikuti Bachelor of Arts (Honours) in Economics dari Univerisity of Malaya, Singapore pada tahun 1951. Pada tahun 1964 beliau memperolehi ijazah Doctor of Economics dari Waseda University, Tokyo.
Profesor Dr. Asma binti Ismail dilahirkan di Jitra, Kedah pada tahun 1958. Beliau memperoleh Ijazah dalam bidang Biologi dari Universiti of Nevada, Reno, USA pada tahun 1980, memperoleh M.A. (Mikrobiologi) dari Indiana University, Bloomington, USA pada tahun 1983 dan memperolehi PhD dalam bidang sel dan biologi molekul dari University of Nevada, Reno, USA pada 1986.
Dr. Aishah Binti Abu Bakar berpandangan bahawa pengajaran mempunyai skop yang sangat luas dan tiada batasan. Pengajaran kreatif mampu mengubah individu, kumpulan, masyarakat dan dunia. Pengajaran perlu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar dapat melahirkan insan yang sempurna.
Profesor Dr. Mohamed Amin Bin Embi telah dilantik ke jawatan pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM pada tahun 1996. Beliau adalah antara pelopor kepada pembelajaran secara maya, di mana nota serta bahan kuliah disediakan secara online dan self-access quizzes untuk pelajarnya. Beliau telah mewujudkan satu platform "Online Forum" serta tugasan berbentuk kolaboratif yang melibatkan pelajar UKM, UTM dan USM dalam usaha untuk menyediakan pembelajaran berbentuk problem-based dan experiential.