Slider

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal

Profesor Onn bin Haji Hashim

Profesor Dr. Onn bin Haji Hashim

Profesor Onn bin Haji Hashim dikenali kerana kajian beliau tentang laktin biji cempedak yang digunakan sebagai agen untuk mengesan glikoprotein yang spesifik dan mengkaji penyakit seperti nefropati dan kanser. Aktiviti penyelidikan beliau telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah anugerah berprestij Fullbright, Biasiswa Felo Japanese Society for the Promotion of Science (JSPS) dan pingat emas dalam Pameran Reka Cipta Antarabangsa ke-33 di Geneva.

Profesor Dr. Onn bin Haji Hashim telah telah menghasilkan lebih daripada 100 buah penerbitan hasil daripada kajian terhadap jurnal-jurnal terkenal di peringkat antarabangsa. Beliau telah menerima banyak undangan sebagai penceramah untuk berkongsi penemuan saintifik dalam lektinologi dan proteomik. Beliau juga telah melakukan kajian semula terhada kertas kajian proteomik dan International Journal of Cancer dan bertindak sebagai pengulas tetap untuk kajian elektroforesis.

Profesor Dr. Onn bin Haji Hashim turut berkhidmat sebagai Ahli Majlis Malaysian Society for Biochemistry and Molecular Biology. Beliau juga adalah salah seorang panel penilai dan penemuduga untuk Biasiswa Sains Kebangsaan dan ahli Panel Pemantauan dan Penilaian untuk projek Kajian Dana Sains, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau turut bertindak sebagai pemeriksa luar bagi program Sarjana Perubatan Biokimia di UITM, Kolej Manipal Melaka, USIM dan IMU. Beliau juga merupakan Ketua Pengarang Malaysian Journal of Biochemistry and Molecular Biology dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Sektor Strategik Kebangsaan dalam bidang bioteknologi.

Ulasan Artikel

Expression of high-abundance proteins in sera of patients with endometrial and cervical cancers: Analysis using 2-DE wil silver staining and lectin detection methods

  • Menggunakan 2D gel elektroforesis untuk menentukan profil glikoprotin bagi lima jenis kanser daripada serum manusia.
  • Berjaya meningkatkan sensitiviti 2D gel elektroforesis dengan menggunakan prob dari lektin CGP buah cempedak yang ditemui penulis sejak 20 tahun dahulu.
  • Berjaya mengenalpasti satu glikoprotin khusus yang tak pernah dilaporkan dan hanya diekspres dalam serum kanser pesakit wanita.
  • Glikoprotein tersebut mempunyai potensi sebagai biomarker baru untuk memperbaiki sistem diagnosis secara tak invasif bagi penyakit kanser serviks.
  • Makalah ini diterbitkan dalam jurnal 'Electrophoresis' yang berimpak faktor 4.101 (tahun 2006).
  • Penulis juga sudah memohon paten Malaysia bagi aplikasi lektin tersebut.
  • Hits: 907
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi