Profesor Emeritus Dr. Muhamad bin Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960. Seterusnya, meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa. Beliau merupakan professor termuda yang dilantik pada tahun 1979 pada usia 37 tahun.
Profesor Madya Dr. Jelani bin Harun dilahirkan pada 20 Oktober 1962 di Perak. Beliau memperolehi ijazah pertama dari USM dan seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti London pada tahun 1999 dengan pengkhususan dalam bidang Sastera Melayu Klasik.
Profesor Dr. Sureswaran Ramadass merupakan Pengarah Pusat IPV6 Termaju Negara, USM. Beliau memperolehi ijazah pertama (Magna Cum Laude) pada tahun 1987 dan sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Komputer pada tahun 1990. Kedua-duanya diperolehi dari Universiti Miami. Beliau seterusnya menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah di USM pada tahun 2000.
Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan berkelulusan ljazah Sarjana Pengajian Teater dengan pengkhususan dalam bidang pengarahan dan sinografi dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat. Beliau melanjutkan pengajian doktor falsafah dalam bidang perfileman di Universiti New South Wales, Sydney Australia.
Profesor Dr. Abdul Karim bin Alias adalah profesor dalam bidang teknologi makanan di Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah terlibat dalam bidang pengajaran selama 15 tahun. Beliau adalah seorang pakar dalam pengajaran di peringkat pra-siswazah dan pengkhususan dalam Food Processing and Preservation, Physical Properties of Food dan Food Ingredients.
Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad memulakan perkhidmatan di USM sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan sejak tahun 1994 dan berpindah ke Pusat Pengajian Siswazah Pemiagaan pada tahun 2009. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman mengajar dan jurulatih dalam bidang perlakuan organisasi (OB) dan pengurusan sumber manusia (HRM / HRD) pada peringkat sarjana muda, sarjana serta kedoktoran. Beliau pernah mengajar di Northern Illinois University dari tahun 1989 hingga 1994 ketika menyiapkan tesis Kedoktoran dalam Pendidikan (Ed.D) dalam bidang Adult Continuing Education Human Resource Development.