Anugerah Seni dan Kreativiti
Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan
Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan berkelulusan ljazah Sarjana Pengajian Teater dengan pengkhususan dalam bidang pengarahan dan sinografi dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat. Beliau melanjutkan pengajian doktor falsafah dalam bidang perfileman di Universiti New South Wales, Sydney Australia.
Filem cakera pertama Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan, Mat Som (berasaskan buku komik karya Lat) telah memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia 1992 dan telah dibawa ke Festival Filem Antarabangsa di Tokyo, Fukuoka, Hawaii, Bangalore, Taipei dan Jakarta. Filem Wayang (2008) telah mewakili Malaysia di Beijing sempena Perhubungan Diplomatik Malaysia China dan dibawa ke Korea untuk Summit ASEAN-ROK di Cheju. Lebih membanggakan, filem tersebut telah dibeli oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Emirates, Ijtihad dan penerbangan Singapura untuk ditayangkan semasa penerbangan jauh antarabangsa. Beliau juga adalah pencipta, penulis dan pengarah sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang telah bertahan selama 18 tahun di TV3.
Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan seorang yang begitu kreatif dan peka dengan estetika seni persembahan dan perubahan arus perkembangan drama. Antara drama muzikal beliau yang sudah dipentaskan termasuklah Muzikal Tanah, Air, Api dan Angin (1994) yang menggabungkan elemen puisi, tarian, perfileman dan seni visual. Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu (2006) telah diolah dan dijadikan satu pementasan muzikal berdasarkan sitcom televisyen yang bukan hanya popular tetapi memberi impak visual dan juga didaktik kepada khalayak / penonton. Semi Muzikal Ram (2007) memperihalkan tentang impak P. Ramlee ke alas seorang anak muda berbakat dan cuba menjadi P.Ramlee, idolanya.
Buah tangan teater muzikal Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan yang lain ialah Muzikal Kampung Barn (2007). Teater muzikal ini telah memenangi Hadiah Kedua dalam Sayembara Mengarang Skrip Drama pentas Sempena Perayaan Jubli Emas DBP.
Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan seorang penulis, pengarah dan penyunting berbakat yang telah memenangi beraneka anugerah dan hadiah untuk seni serta kreativiti beliau. Ini termasuklan anugerah SEAwrite Award dari Thailand. Pada tahun 70an, skrip drama beliau Kerusi telah dijadikan buku teks sekolah. Kini, skrip sub-genre drama dan muzikal beliau, Muzikal Kampung Baru pula dijadikan buku teks sekolah.
- Hits: 1496