Profesor Dr. Nik Azis bin Nik Pa merupakan seorang profesor dalam bidang pendidikan matematik di Fakulti Pendidikan, UM. Beliau adalah Presiden Pengasas Persatuan Pendidikan Matematik Malaysia.
Profesor Madya Dr. Jelani bin Harun anak kelahiran Negeri Perak Darul Ridzuan pada 20 Oktober 1962. Mendapat pendidikan guru di MPSI (1986), BA (1994) dari USM, MA (1995) & PhD (1999) dari School of Oriental and African Studies (SOAS), London. Berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dengan pengkhususan dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik.
Profesor Dato' Dr. Raymond Azman Ali telah memenangi anugerah Pengajar Cemerlang UKM sebanyak dua (2) kali dan merupakan penerima pertama dan tunggal (sehingga kini) Anugerah Tokoh Pengajar pada tahun 2003. Beliau merupakan pengajar perubatan yang radikal di mana paradigma-paradigma terdahulu dirombak untuk memudahkan pembelajaran oleh para pelajar. Satu contoh rombakan paradigma yang telah dilaksanakan ialah melalui pemupukan tiga (3) sifat kerjaya yang berlainan di kalangan pelajar perubatan, iaitu penyiasat (detektif), peguam dan doktor. Ini adalah kerana para doktor harus mengambil kira semua faktor daripada riwayat dan pemeriksaan fizikal pesakit untuk membuat diagnosis seperti seorang detektif, kemudian mempertahankan diagnosis yang dibuat seperti seorang peguam dan memberi rawatan sebagai seorang doktor.