Anugerah Penerbitan Buku
Profesor Madya Dr. Jelani bin Harun
Profesor Madya Dr. Jelani bin Harun anak kelahiran Negeri Perak Darul Ridzuan pada 20 Oktober 1962. Mendapat pendidikan guru di MPSI (1986), BA (1994) dari USM, MA (1995) & PhD (1999) dari School of Oriental and African Studies (SOAS), London. Berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dengan pengkhususan dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik.
Bidang kajian Profesor Madya Dr. Jelani bin Harun banyak bertumpu kepada Kesultanan Alam Melayu. Antara buku yang telah diterbitkan termasuklah Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu (DBP, 2003), Bustan al-Salatin (Bab Pertama dan Kedua / Bab Ketiga) Karangan Nuruddin al-Raniri (DBP, 2004 / 2008), Nasihat al-Muluk (DBP, 2006), Undang-Undang Kesultanan Melayu Dalam Perbandingan (Penerbit USM , 2008) dan Bustan al-Salatin: A Malay Mirror for Rulers (Penerbit USM, 2009).
Profesor Madya Dr. Jelani bin Harun telah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia dalam penulisan esei pada tahun 1998 dan 2000. Buku Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu telah meraih Hadiah Karya Ilmiah DBP (2001), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2004) dan Anugerah Majlis Sastera Asia Tenggara - MASTERA (2005). Buku Undang-Undang Kesultanan Melayu Dalam Perbandingan telah menerima Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia - MAPIM (2008) dan Anugerah Akademik Negara - AAN (2008). Sementara buku Bustan al-Salatin: A Malay Mirror for Ruler telah menerima Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia - MAPIM (2009). Anugerah AAN 2009 adalah merupakan anugerah kali ke-dua yang diterima oleh beliau selepas memenanginya dalam kategori yang sama pada tahun 2008 dengan buku Undang-Uodang Kesultanan Melayu Dalam Perbandingan.
Sinopsis Buku
Bustan al-Salatin: A Malay Mirror for Rulers portrays the ethical thinking of the Malay sultanates, concentrating on principles for the guidance for rulers in carrying out their duties, a type of writing which is mostly identical to that of "Mirrors for Princes" in Islamic literature. This book focuses on two major topics of discussion: universal history and adab writings as two basic components which form Bustan al-Salatin.
Bustan al-Salatin is just one of the great works which shows the role of the religious advisor and court historiographer at the Acehnese court during the seventeenth century. Through the text, the Malay rulers were taught about their proper duties to the people and country based on the Islamic principles and values. Many rules, stories and instructions of the works still remain useful in resolving modern problems, especially in terms of Islamic ethics and wisdom.
- Hits: 1186