Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Kesihatan)

Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din

Profesor Dato Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din

Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din adalah seorang tokoh akademik yang terkenal dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta perundingan. Kegigihan dan prestasi kerja beliau yang cemerlang telah mengharumkan nama UM di seluruh rantau Asia dan pelusuk dunia. Sebagai seorang perintis dalam bidang kesihatan ikan, beliau telah banyak menyumbang dalam pembangunan beberapa program kesihatan ikan di peringkat pra-siswazah dan juga siswazah semenjak tahun 1977. Usaha ini telah menjadikan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera (1977 hingga 1995) sebuah pusat kecemerlangan kesihatan ikan di rantau Asia yang ulung ketika itu.

Sehingga kini, komitmen serta kesungguhan Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din untuk memartabatkan UPM dalam bidang kesihatan ikan diteruskan dan usaha ini mendapat sokongan agensi kebangsaan dan antarabangsa seperti IDRC, Kanada. Semangat yang tinggi untuk mengajar dan membantu dalam pembangunan modal insan jelas dibuktikan oleh penglibatan beliau dalam pengajaran dan latihan dengan beberapa agensi kebangsaan dan antarabangsa sama ada dalam bidang kepakaran beliau atau menyentuh topik umum seperti kecemerlangan dalam melaksanakan penyelidikan.

Prof. Dato Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din

Sumbangan Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din telah menjadi inspirasi kepada segolongan besar komuniti kampus untuk menjadi penyelidik dan akademia yang cemerlang. Pengajaran beliau adalah inovatif, interaktif dan juga memberikan semangat positif agar para pelajar menjadi aset yang berguna kepada komuniti dan pembangunan Negara.

Semenjak tahun 2006, Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din telah dilantik sebagai penceramah antarabangsa untuk WIPO, Geneva, dalam bidang harta intelek, inovasi dan pengkomersialan serta telah memberi syarahan di beberapa negara termasuk Brazil, Jepun, Jordan, Korea, Mauritius, Morocco, Arab Saudi dan Sri Lanka. Kejayaan beliau adalah satu pencapaian yang sangat dibanggakan dalam membantu UPM mencapai visinya menjadi universiti berprestij dunia.

  • Hits: 942
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi