Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

Dr. Lee Ai Choo

Dr. Lee Ai Choo

Dr. Lee Ai Choo memperoleh Ph.D dalam bidang Sains Rehabilitasi dari University of Alberta, Kanada pada 2007. Sebelum menjadi pensyarah di UPSI (2000), beliau pernah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Jasmani. Beliau meneruskan pengajian di UPM pada 1997 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani serta dianugerahkan sebagai Graduan Terbaik dan Atlet Terbaik pada tahun 1999. Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Jasmani dan Ph.D pada tahun 2007.

Pengalamannya luas di sekolah menjadikan Dr. Lee Ai Choo seorang pensyarah yang kreatif dan inovatif serta lebih realistik dalam mendidik bakal-bakal guru dalam bidang Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Sains Kejurulatihan. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Anugerah The Canadian Commonwealth Scholarship Program dan kemudiannya melanjutkan pengajian di University of Alberta.

Kecemerlangan Dr. Lee Ai Choo begitu menyerlah apabila memenangi hadiah Delta Kappa Gamma World Fellowships for Key Women Educators Award pada tahun 2004. Minat mendalam dalam bidang pedagogi telah membawa beliau untuk mengikuti 51 program berkenaan sepanjang pengajian Ph.D di University of Alberta, Kanada.

Dr. Lee Ai Choo merupakan wanita Malaysia pertama memiliki kepakaran dalam bidang Sains Rehabilitasi. Beliau berazam untuk mengembangkan bidang Sains Rehabilitasi di Malaysia seperti Multisensory Balance Training Program for Injuries Prevention, Rehabilitation Strategies for Different Sports, Physical Therapy for Injuries, Measurement of Static-Dynamic Balance for Sports and Talent Identification.

Dr Lee Ai Choo

Dr. Lee Ai Choo adalah pengasas Program Ijazah Sarjana Muda Rehabilitasi Sukan bagi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI. Program Rehabilitasi Sukan merupakan program pertama dan satu-satunya di Malaysia. Beliau aktif dalam badan profesional dan NGO serta pernah menjadi jurulatih pasukan ping pong wanita Negeri Sembilan.

Pada tahun 2010, Dr. Lee Ai Choo telah memenangi Best Teacher Award (Tempat Pertama) dalam Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran di UPSI. Pelajarnya turut mencatat kejayaan dalam Pertandingan Inovasi Penyelidikan UPSI (EKSPIN 2010) dengan menggondol satu (1) Emas, empat (4) Perak dan satu (1) Gangsa seterusnya dipilih mewakili UPSI di NRIC, USM.

  • Hits: 1189
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi