Slider

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

Penerima
Prof. Dr. Azni bin Idris
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Profesor Dr. Azni bin Idris

Prof. Dr. Azni bin Idris merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan kimia daripada University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1980. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Environmental Pollution Control di University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1982 dan seterusnya memperoleh PhD dalam bidang Environmental Engineering pada tahun 1989. Beliau juga telah berkhidmat selama 30 tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pensyarah, profesor kanan dan penyelidik aktif, dengan kejayaan memfail empat (4) paten. Beliau kini memegang jawatan sebagai Director of Waste Technolgy Centre, UPM dan menjalankan beberapa projek penyelidikan terutamanya yang melibatkan kerjasama antara Indah Water Konsortium Research, National Sewerage Company of Malaysia dan projek air kumbahan yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Bidang kepakaran Prof. Dr. Azni bin Idris tertumpu kepada bidang kejuruteraan alam sekitar termasuklah sisa buangan, pengurusan rawatan air dan air kumbahan. Beliau merupakan pengasas dan pengarah Pakar Management Technology (M) Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat swasta yang mempunyai kepakaran dalam bidang alam sekitar yang berjaya mengendalikan lebih daripada 280 loji rawatan air kumbahan berskala penuh sejak dari tahun 1991.

Prof. Dr. Azni bin Idris mempunyai lebih daripada 26 tahun pengalaman dalam mengendalikan kerja-kerja penyelidikan dan proses rawatan sisa kumbahan serta bergiat aktif dalam projek perundingan (pengurusan sisa) dengan menyumbangkan kepakaran teknikal, khidmat nasihat dalam reka bentuk alam sekitar dan teknologi rawatan untuk pelbagai jenis sisa buangan industri.

Beliau juga melibatkan diri secara aktif di peringkat antarabangsa dan menjalin kerjasama dengan Japan Society for the Promotion of Science (JSPS), Danish Cooperation for Environment and Development (DANCED) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Sumbangan dan jasa beliau dalam bidang tersebut telah diiktiraf dengan mendapat beberapa penganugerahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya adalah Malaysian Water Association Outstanding Research Award 2002 dan Gold Medal INNOVA Product Exhibition pada tahun 2008 di Brussels.

Ulasan Produk:

Biofil Technology- Wastewater Treatment Using Cosmo-Balls

BioFil System is a new wastewater treatment system based on a novel process of utilizing the well-known microbial-attached growth principal. The BioFil system is small, compact and offers a truly high-rate process. It treats waste water in within 12 hours compare to the conventional system which took 24 hours (for aerobic process).

The results at lab scale have been very successful and the technology is able to achieve over 90% destruction of organics, hence able to achieve compliance to a standard by Department of Environmental effluent discharge limit. The process uses fixed biomass on small inert plastic media which is immersed and permanently aerated. On the plastic media, active microorganism grows and degrades sewage organic as it passes through the media. The support media used is an innovative plastic media called Cosmo-ball that specially designed to prevent clogging. The technology essentially involves the degradation of organic waste and other substrates using high concentration of aerobic bacteria attached on the media. It takes advantage of substrate diffusion into the biofilm layer in the presence of oxygen.

The innovative waste water treatment technology is very useful to many, especially housing developers and river managers where this BioFil offers compact, high-rate and cost effective system which can meet the strictest environmental discharge standard and at the same time affordable to manufacturers in terms of cost. In commercial terms, BioFil is an important technology for handling domestic wastewater and polluted rivers which are difficult to treat. The fatest version of BioFil comprises 3-zone process utilising anerobic-anoxicaerobic configuration. Plastic media using cosmo-balls are used in the 3 zones to improve efficiency.

It is a known fact that Sewage Treatment Plants (STP) normally discharge 10mg/l ammonia and getting to 5mg/l is actually very difficult. The BioFil Technology is proven to be a breakthrough in reducing ammonia nitrogen to below 5mg/l which is a solution to many STP in sensitive catchments, and also river's system that require better Quality Index.

Sehingga tahun 2013, produk ini mendapat sambutan luar biasa dengan bukti jualan pada dua (2) tahun pertama selepas pengkomersilan iaitu mencatat jumlah sebanyak RM5,213,198 juta. Projek mega rawatan Sg. Melaka (River of Life) adalah penanda aras bagi penggunaan teknologi terbaik untuk merawat air sungai tercemar di samping bertujuan merancakkan sektor industri pelancongan di bawah Program Transformasi Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Jaringan kerjasama strategik juga wujud bersama dengan Sime Darby Off-Shore Sdn. Bhd. (RM1.59 juta), LUAS-BSDB JV (RM1.16 juta) dan Sabah Softwood Bhd. (RM2.2 juta) dalam meluaskan lagi penggunaan produk ini untuk proses rawatan air di Malaysia.

  • Hits: 1247
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi