Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera dan Sains Sosial)
- Penerima
- Prof. Madya Dr. Raihanah binti Mohd Mydin
- Institusi
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof. Madya Dr. Raihanah binti Mohd Mydin dilahirkan pada 25 Jun 1970 dan merupakan anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang. Beliau mempunyai kelulusan B.Ed. TESL (Hons) daripada University of Exeter, United Kingdom pada tahun 1994 dan kemudiannya meneruskan pengajian dalam M.A (English Language Studies) pada tahun 1999 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dengan minat yang tinggi dalam bidang pengajaran, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Malaya (UM) dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2008.
Prof. Madya Dr. Raihanah binti Mohd Mydin mempunyai pengalaman selama 20 tahun berkhidmat sebagai ahli akademik kini beliau menjawat jawatan sebagai Head of Graduate Programme di Pusat Pengajian Bahasa dan Lingustik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kepakaran bidang beliau adalah dalam bidang sastera bandingan dan penulisan sastera dalam Bahasa lnggeris (Malaysia). Beliau juga merupakan seorang ahli akademik yang bersemangat tinggi dan bermotivasi dalam memperkasakan modal insan dalam diri setiap pelajarnya, malah percaya kepada setiap kekuatan serta potensi pelajarnya untuk berjaya menghadapi cabaran dalam era globalisasi ini.
Prof. Madya Dr. Raihanah binti Mohd Mydin mempunyai falsafah pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri berinovasikan pembelajaran berteraskan falsafah setiap pelajar memerlukan keadaan yang berlainan dan persekitaran yang kondusif untuk membangunkan potensi diri yang diambil dari ungkapan yang dibuat oleh Prof. Emeritus Dr. Ken Robinson, iaitu dengan menggunapakai konsep 'Kepelbagaian, Rasa lngin Tahu dan Kreativiti'. Matlamat beliau adalah dengan memperkasakan pelajar untuk memanfaatkan semua kebolehan serta bakat yang ada dalam diri mereka ke arah pembangunan nilai sepanjang hayat (lifelong learning) supaya menjadi lebih berimaginatif yang berpotensi.
Prof. Madya Dr. Raihanah binti Mohd Mydin juga menekankan falsafah dan inovasi pendidikan yang sangat mantap dengan menggunakan kaedah active learning strategy seperti fish bone, 1 minute response and young scholars' conference, serta flipped classroom. Dalam masa yang sama, beliau juga menggunakan authentic learning and assessment dan berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dengan ketara di peringkat universiti malah mendapat sanjungan yang konsisten dan menyeluruh (daripada segmen yang berbagai).
Semangatnya yang jitu dalam membimbing para pelajar mendapat perhatian semua pihak dan Prof. Madya Dr. Raihanah binti Mohd Mydin telah berjaya dianugerahkan Faculty of Social Sciences Outstanding Teacher Award 2013 di peringkat fakulti seterusnya kecemerlangan beliau terus diiktiraf di peringkat universiti dengan penganugerahan UKM's Outstanding Teacher Award 2013 untuk bidang sains sosial.
- Hits: 1147