Slider

Anugerah Ahli Akademik Harapan

Penerima
Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee

Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee dilahirkan pada 27 Ogos 1979 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang oleochemistry dan Ijazah Sarjana dalam bidang Catalysis dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang Surfaktan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berjaya memperoleh Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2010. Pada tahun 2012, beliau telah berjaya memperoleh Postgraduate Certificate in Higher Education in Teaching and Learning dari The University of Nottingham.

Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee memulakan kerjayanya di The University of Nottingham pada 1 Jun 2009 dan seterusnya berkhidmat di Universiti Malaya (UM) bermula 9 Mac 2011 sebelum berkhidmat di UPM bermula tahun 2012. Kini, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM. Kejayaan beliau dalam bidang akademik terserlah apabila memenangi beberapa anugerah dan zamalah berprestij di dalam dan luar negara seperti Loreal Malaysia for Women in Science Fellowship (2011), COMSTECH-TWAS International Fellowship (2013), ACU Titular Fellowship (2014), Merdeka Award Research Grant (2014) dan Newton Ungku Omar Fund (2015). Beliau juga telah dianugerahkan Young Scientist Award oleh UPM pada tahun 2012, APCAT-6 Young Researcher Award (2013) dan MASS Young Scientist Award (2014). Beliau juga merupakan salah seorang penerima bagi Malaysia’s Rising Star Award 2016 bagi kategori Young Researcher.

Kepakaran beliau dalam bidang inovasi dan penyelidikan telah melayakkan Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee memenangi pelbagai anugerah seperti International Conference and Exposition on Inventions of Institutions of Higher Learning (PECIPTA), Malaysia Technology Expo (MTE) dan Innovation & Technology Exhibition (ITEX). Beliau juga telah memperoleh lapan (8) harta intelek di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta merupakan ahli pakar dalam bidang Pemangkinan dan Surfaktan. Beliau bukan sahaja hebat dalam bidang penyelidikan malah turut mempunyai rekod yang amat cemerlang dalam bidang pembelajaran dan pengajaran dengan mendapat sembilan (9) kali pengiktirafan daripada UPM dan dua (2) kali pengiktirafan daripada Putra Toastmasters Club.

Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee turut dijemput sebagai Pembentang Jemputan di pelbagai persidangan kebangsaan dan antarabangsa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau dalam bidang yang diceburi. Beliau juga mempunyai trek rekod yang cemerlang dalam penyeliaan di mana beliau telah menyelia seramai tiga puluh sembilan (39) orang pelajar pascasiszwazah yang telah tamat pengajian dengan jayanya. Dalam bidang penerbitan pula, beliau menunjukkan pencapaian yang amat baik dengan dua (2) buah penerbitan buku, tiga (3) penerbitan dalam Bab Buku dan 129 dalam jurnal-jurnal berwasit di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Hits: 1339
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi