Slider

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains Sosial dan Sastera)

Penerima
Dr. Mohd Yusof Saari
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dr. Mohd Yusof bin Saari

Dr. Mohd Yusof Saari dilahirkan pada 21 Ogos 1979 dan kini beliau merupakan pensyarah di Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , UPM. Pencapaian beliau dalam bidang akademik dan penyelidikan dapat dinilai berdasarkan projek penyelidikan, penerbitan dan pengiktirafan yang diperoleh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah terlibat dengan empat belas (14) projek penyelidikan dan enam belas (16) projek perundingan termasuk daripada Malaysian Nuclear Power Corporation, Khazanah Research Institute dan International Atomic Energy Agency dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Dari sudut penerbitan, Dr. Mohd Yusof Saari telah menerbitkan sebanyak dua puluh enam (26) makalah jurnal dan empat (4) buah buku karya asli termasuk enam (6) makalah jurnal yang mempunyai faktor impak ISI di dalam bidang ekonomi. Pada tahun 2015, beliau telah mengarang sebuah buku yang telah diterbitkan oleh University of Groningen dan satu (1) makalah sebagai bab dalam buku terbitan International Food and Agricultural Organization. Beliau juga telah menerbitkan tiga (3) makalah jurnal pada tahun yang sama dan salah satunya daripadanya berjaya diterbitkan di dalam World Development (FI=1.965), iaitu jurnal berwasit dan berimpak tinggi dalam bidang Ekonomi Pembangunan.

Pengetahuan dan pengalaman luas Dr. Mohd Yusof Saari dalam menganalisis input-output telah mendorong pihak Khazanah Research Institute melantik beliau sebagai Felo Penyelidik Pelawat selama dua (2) tahun. Di samping itu, beliau juga pernah dilantik untuk menjawat pelbagai jawatan termasuklah menjadi pakar rujuk, perunding, penyelidik bersekutu, felo penyelidik, jawatankuasa pemandu dan penasihat teknikal kepada pelbagai agensi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Ulasan kepada makalah jurnal:

"Sources of Income Growth and Inequality Across Ethnic Groups in Malaysia, 1970-2000"

Kajian ini menghuraikan sumber pertumbuhan pendapatan dalam kalangan kumpulan etnik utama di Malaysia. Keaslian makalah dan impak dalam bidang ilmu dari segi metadologi dan teori. Makalah ini memberi dua (2) sumbangan utama kepada komuniti saintifik. Pertama kajian ini telah membangunkan dataset baharu, iaitu Social Accounting Matrix (SAM), yang sangat relevan di dalam analisis pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan. Kedua, buat pertama kalinya di dalam literatur, aplikasi Structural Decomposition Analysis (SDA) diperkenalkan ke atas analisis SAM.

Kajian mendapati dasar pembangunan dan perubahan struktur ekonomi tidak semestinya membawa kepada kesamarataan agihan pendapatan. Kesannya begantung kepada pelbagai faktor seperti struktur pasaran buruh, perubahan teknologi kemahiran-bias dan aktiviti penyumberluaran. Hasil kajian boleh dijadikan panduan kepada negara yang sedang membangun yang mempunyai masalah ketidaksamaan agihan pendapatan.

Isu yang dianalisis berkait dengan keterkaitan antara dimensi kelestarian sosial wdan ekonomi dalam konteks pembangunan mapan/lestari. Pembangunan mapan tidak akan tercapai sekiranya isu agihan pendapatan, terutamanya antara kaum (dalam konteks Malaysia) tidak diatasi dengan baik. Dapatan kajian ini memberi bukti empirikal bahawa faktor makroekonomi tidak cukup untuk membawa kepada pembaikan dalam kesenjangan agihan pendapatan.

  • Hits: 2302
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi