Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Kesihatan)

Penerima
Prof. Dr. Debra Sim Si Mui
Institusi
Universiti Malaya (UM)

Prof. Dr. Debra Sim Si Mui

Prof. Dr. Debra Sim Si Mui dilahirkan pada 19 Mei 1958 dan memperoleh PhD dalam bidang Farmakologi dari University of Liverpool, United Kingdom sebelum berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1984. . Kini, beliau merupakan Kordinator PBL Fakulti di Unit Pembangunan Pendidikan dan Penyelidikan Perubatan (MERDU).

Prof. Dr. Debra Sim Si Mui memainkan peranan penting dalam pengenalan pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning) dalam program perubatan MBBS di UM pada tahun 1999/2000 dan sejak itu telah terlibat secara aktif dalam memberikan latihan kepada pelajar dan tutor untuk problem-based learning (PBL) di dalam dan luar negara. Beliau juga telah terlibat secara aktif dalam ulasan kurikulum bagi program Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian.

Sumbangan Prof. Dr. Debra Sim Si Mui terhadap bidang pengajaran dan pembelajaran serta persembahan penyelidikan telah diiktiraf melalui beberapa penganugerahan di persidangan saintifik negara serta berjaya menjawat jawatan penting dalam organisasi di dalam dan luar negara. Beliau merupakan ahli pengasas Persatuan Asia Pasifik untuk PBL dalam Sains Kesihatan (APA-PHS) dan telah dilantik sebagai Setiausaha sejak tahun 2002. Beliau juga merupakan penerima Japan Society for the Promotion of Science (JSPS) Fellowship pada tahun 1994 dan World Bank Fellowship pada tahun 2002. Beliau telah dilantik sebagai Felo di Institut Foundation for Advancement of International Medical Education and Research (FAIMER) yang berpusat di Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun 2007. Projek FAIMER yang dibangunkan beliau adalah berkenaan kaedah untuk mempertingkatkan latihan kemahiran mempreskripsi pelajar perubatan, yang kemudiannya diperluaskan kepada pelajar farmasi sebagai sebahagian daripada pembelajaran interprofesional (IPL). Kepentingan penyelidikan beliau merangkumi aspek farmakokinetik, farmakologi venom ular dan antivenom, PBL, latihan kemahiran mempreskripsi, penilaian pelajar, pendidikan interprofesional dan action research.

Prof. Dr. Debra Sim Si Mui telah menerbitkan kira-kira 70 Artik profesional dan 10 bab buku dalam kedua-dua jurnal dan buku sains dan pendidikan. Beliau merupakan penceramah yang kerap dijemput di   persidangan kebangsaan dan antarabangsa terutamanya berkaitan PBL.

Berteraskan falsafah ‘to produce responsible graduates who have big pictures in their mind and details in their eyes, who can think on their feet and speak off the cuff; above all, never stop learning’, Prof. Dr. Debra Sim Si Mui menggunakan pendekatan ‘pose-problem-observe-question-feedback’ bersama pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan berkesan. Ciri-ciri positif atau 'good demeanour' yang ada pada beliau telah berjaya menarik minat pelajar dalam menggunakan kaedah 'colour coding' bagi menggantikan cara pengredan secara konvensional yang masih menggunakan gred A, B, C, D, dan E. Konsep 'Idea on Listen, Think and Note' juga diperkenalkan dan merupakan salah satu inovasi beliau kepada pelajar untuk memastikan sesi P&P dapat berjalan dengan lancar.

  • Hits: 1345
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi