Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Dan Sains Sosial)
- Penerima
- Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden
- Institusi
- Universiti Sains Malaysia (USM)
Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden dilahirkan pada 23 Julai 1972 dan berkelulusan BA (Hons) Graphic Design dari University of Central Lancashire, United Kingdom. Kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berbekalkan azam serta minat yang tinggi dalam bidang pengajaran, beliau melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Higher Education (Instructional Design) di University of Canterbury, New Zealand.
Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden mula berkhidmat di Politeknik Johor Bahru pada Jun 1999 hingga Januari 2003 sebagai pensyarah Rekabentuk Grafik. Kemudian beliau berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tahun 2008 hingga kini. Sepanjang kerjaya beliau, pelbagai kaedah telah digunakan bagi memastikan persekitaran pembelajaran adalah berkesan bagi pelajar membina pengetahuan.
Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden telah diiktiraf dengan penerimaan beberapa anugerah antaranya adalah Most Innovative Content untuk pembelajaran menggunakan e-learning.usm.my. Beliau merupakan jurulatih bagi melatih pensyarah-pensyarah baru USM dalam penggunaan e-pembelajaran dan e-portfolio dan juga jurulatih dalam dua (2) bidang utama iaitu e-pembelajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar atau dikenali sebagai student-centred learning (SCL). Beliau menggunakan pendekatan blended learning dan flipped classroom yang didasari pendekatan Konstruktivis dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden memiliki ciri-ciri pengajar pada abad ke-21 dimana hasil pembelajaran ini merangkumi kehidupan dan pekerjaan, kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran media, informasi dan teknologi, dan kerjasama serta interaksi bersama pelajar secara berkesan di luar waktu kelas. Terdapat beberapa pendekatan dan inovasi yang digunakan oleh beliau dalam usaha membuatkan sesi P&P dapat berjalan dengan berkesan antaranya adalah dengan penggunaan teknologi terkini dalam P&P seperti di padlet, blog, Storify, WhatsApp, Blendspace.com, Edpuzzle.com, Kahoot, articulate studio untuk pembangunan kandungan kursus. Beliau berpendapat bahawa pensyarah perlu menjadi lebih kreatif dalam membina persekitaran pembelajaran inovatif dan menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk hadir dan membina ilmu dalam persekitaran pembelajaran tersebut.
- Hits: 1426