Tokoh Akademik Negara
- Penerima
- Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan
- Institusi
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan dilahirkan pada 26 Oktober 1942 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian (kelas pertama) dari Universiti Malaya pada tahun 1966 daripada Jabatan Pengajian Islam dan memiliki Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Falsafah dan Ijazah Kedoktoran dari Universiti Columbia, New York pada tahun 1970, 1972 dan 1975. Bidang pengkhususan beliau adalah pemikiran Islam semasa, khususnya di Asia Tenggara.
Beliau merupakan Profesor Ulung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penasihat bagi Unit Kajian Islamisasi Ilmu Pengetahuan Manusia (Centre for Islamisation). Beliau telah menerima Anugerah Profesor Ulung pada tahun 2010 yang merupakan ikon dan sarjana yang boleh dicontohi dan boleh dianggap milik negara kerana sumbangan mereka sewajarnya merentasi institusi pendidikan tinggi yang mereka wakili.
Karier Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan bermula sebagai tutor di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 1966-1968. Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula, kerjaya beliau bermula sebagai Ketua Jabatan Usuluddin and Comparative Religion: Professor and Shaikh al-Kuliyyah di Markaz Ilmu Teras pada tahun 1983-1990. Beliau juga telah dilantik sebagai Dekan Pertama di Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences dan Rektor ke-3 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1999-2006. Pada tahun 1997-1999 beliau telah dilantik sebagai 1st Holder of Malaysia Chair of islam in Southeast Asia at the Centre for Muslim – Church Understanding dan Visiting Professor di Georgetown University, Washington D.C.
Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan turut dilantik keahlian dalam Jawatankuasa Profesional dan Suruhanjaya Kebangsaan seperti , Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama dan Adat Istiadat Islam Kelantan, Majlis Perundingan Islam (MPI), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan juga beliau telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII sebagai Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada tahun 2005-2007. Diperingkat antabangsa pula, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan telah dilantik didalam beberapa Jawatankuasa seperti Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW), Organization of the Islamic Conference (OIC), American Journal of Islamic Sosial Sciences Herndon, Virginia, USA , Religious Rehabilitation Group (PRG), Main Board of the Prince Naif ‘Abd al-‘Aziz Award for Excellent Academic Writings, Madinah al-Munawwarah, Saudi Arabia, dan beliau juga telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Sultan Omar Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies, Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2013 sehingga kini.
Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan telah menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Fullbright Scholarship, Columbia University President’s Fellowship, Ford Foundation Research Grant to conduct fieldwork in Indonesia, Woodrow Wilson Dissertation Fellowship dan beliau telah dianugerahkan Gold Medal for Meritorious Service to the Ummah by I.S.E.S.C.O (HQ in Rabat, Morocco) in Tunis.
Beliau juga telah menghadiri dan menyertai kira-kira 250 seminar dan persidangan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga 2016, beliau telah membuat pembentangan sebanyak 100 kertas kajian di persidangan antarabangsa seperti Al-Wasatiyyah as the basis for Muslim Peaceful Coexistence in Southeast Asia, Integration of Religious Knowledge and Modern Science: The New Trend in Islamic Schools in Southeast Asia Today dan The methodology of the Study of Islamic Ethics.
Tulisan-tulisan Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan kebanyakannya mengenai falsafah, agama, isu sosial dan pendidikan. Beberapa karya terkenal beliau adalah The Encyclopedia of Malaysia: Religions and Beliefs, Islamic Identity Crisis in the Muslim Community in Contemporary Malaysia, Islamic Studies in Contemporary Southeast Asia: General Observations, Al-Islam fi’alam Al-Malaya. Beliau telah membuktikan kepada umat Islam bagaimana mereka sepatutnya bertindak untuk menukar tanggapan orang terhadap Islam melalui karakter, personaliti dan hasil kerja beliau.
- Hits: 5708