Slider

Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Kraf)

Penerima
Encik Mohd Faizul Bin Noorizan
Institusi
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Encik Mohd Faizul Bin Noorizan dilahirkan pada 18 April 1986 dan berkelulusan Master Art and Design (Design Technology) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka Tekstil (Kepujian) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau memiliki kekuatan penciptaan dan pemameran (fashion show). Produk beliau memiliki kekuatan inovasi dengan menggabungkan batik dan fesyen. Di peringkat antarangsa, Encik Mohd Faizul Bin Noorizan telah dinobatkan sebagai penerima Winner Award  di Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 manakala di peringkat kebangsaan pula beliau telah memenangi tempat pertama Piala Seri Endon 2016 (Fesyen). Beliau diangkat sebagai contoh dimata pelajar dan masyarakat berdasarkan setiap anugerah serta pencapaian yang beliau terima.

Anugerah yang diterima oleh Encik Mohd Faizul Bin Noorizan telah memberikan impak yang positif terhadap industri tekstil batik Malaysia. Kini, batik tidak hanya ditumpukan di pasaran Malaysia, namun telah ditumpukan ke peringkat antarabangsa dengan idea rekaan yang sesuai untuk pasaran global. Penglibatan rekaan beliau di peringkat antarabangsa turut memberi pengiktirafan nama baik kepada universiti kerana secara tidak langsung beliau telah membawa nama universiti ke peringkat yang lebih tinggi dan dihormati. Sebagai contoh, penglibatan rekaan beliau mendapat liputan yang meluas di media massa dalam Malaysia mahupun dunia. 

Encik Mohd Faizul Bin Noorizan telah meletakkan rekaan batik setapak lagi kehadapan dengan garapan cetusan idea yang lebih tinggi lagi. Kini batik tidak hanya tertumpu kepada imej-imej flora sahaja, tetapi mempunyai kepelbagaian tafsiran dalam rupa abstrak yang masih mampu menarik pandangan mata yang memandang.

  • Hits: 1452
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi