Tokoh Akademik Negara
- Penerima
- Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram
- Institusi
- Universiti Malaya (UM)
Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dilahirkan pada 11 Disember 1952 dan pernah menuntut di Penang Free School (PFS, 1964-1966) dan Maktab Tentera DiRaja (MTD, 1967-1970). Beliau merupakan alumni dua universiti tersohor dunia iaitu Yale (1970-1973) dan Harvard (1973-1977). Beliau juga dianugerahkan ijazah cum laude daripada Yale dalam pengkhususan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian pasca-ijazah di Kennedy School of Government, Harvard. Beliau juga adalah mantan Profesor di Jabatan Ekonomi Gunaan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya sehingga November 2004.
Kepakaran Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dalam ekonomi pembangunan, ekonomi antarabangsa dan ekonomi politik adalah sangat ketara. Khususnya, dalam mempelopori analisis kritis terhadap sejarah ekonomi pembangunan, rent-seeking, dasar industri berasaskan sumber, transformasi pertanian, penggunaan sumber mampan, perdagangan dan globalisasi kewangan, perusahaan milik negara serta penswastaan. Di antara penerbitan jurnal aritkel beliau yang paling banyak dirujuk ialah Trade Liberalization and Economic Development Science (American Academy for the Advancement of Science) 323, 9 January 2009: 211-2012 dan Rethinking Economic Discrimination American Economic Review (American Economic Association) 93 (2), 2003: 338-342.
Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan PBB mengenai Pembangunan Sosial (UNRISD), Geneva (2002-2004). Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram juga telah berkhidmat sebagai Penasihat kepada Miguel d’Escoto Brookman, Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-63 (2008-2009), dan Ahli Suruhanjaya Pakar kepada Presiden PBB mengenai Pembaharuan Sistem Ekonomi Utama. Untuk tempoh 2010-2012, beliau adalah sherpa G20 PBB kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dan menjadi Timbalan Kewangan G20 bagi pihak PBB. Beliau juga telah dilantik, antaranya sebagai Penolong Ketua Pengarah dan Penyelaras Pembangunan Ekonomi dan Sosial (ADG-ES), Food and Agriculture Organization (FAO) di bawah PBB dari Ogos 2012 sehingga Disember 2015, Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi dalam Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial (DESA) UN dari Januari 2005 sehingga Jun 2012, Penyelaras Penyelidikan (Kehormat) Kumpulan Antara Kerajaan G24 bagi Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa dari Disember 2006 hingga September 2012.
Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram adalah penggubal Global Green New Deal PBB sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan dunia 2008-2009 yang mempengaruhi penggubalan Sustainable Development Goals menggantikan Millennium Development Goals yang diterima semua ketua negara serta kerajaan pada September 2015. Beliau adalah penganjur utama, Second International Conference on Nutrition, Rome, November 2014, anjuran FAO dan WHO. Beliau menyumbang cadangan Decade of Action Against Malnutrition, 2016-2025 yang dipersetujui PBB pada April 2016 dan penggubal cadangan pembasmian kemiskinan serta kelaparan sekaligus untuk 3rd UN Financing for Development Conference pada Julai 2015. Melalui perkhidmatannya dengan PBB, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram berjaya membina satu konsensus antarabangsa untuk memastikan dasar ekonomi dan sosial yang saling melengkapi untuk pembangunan lestari, insentif pelaburan yang sesuai, penjanaan pekerjaan, dan pemulihan ekonomi yang kukuh. Sepanjang kerjayanya, beliau turut menganggotai puluhan lembaga editorial pelbagai jurnal akademik di peringkat antarabangsa.
Terkini, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram adalah pemegang Kursi Tun Hussein Onn ke-3 bagi Pengajian Antarabangsa di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) bagi tempoh 2016-2017. Sehingga 2017, beliau telah membentangkan sebanyak 3 Kuliah Umum di bawah Tun Hussein Onn Chair in International Studies:
- 7th April 2016, First Public Lecture, “Back to the Future: Malaysian Lessons from the 1970s”, Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.
- 1st March 2017, Second Public Lecture, “Sustainable Development in Malaysia” Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
- 21st October 2017, Third Public Lecture, “Malaysia Sendirian Berhad: Public Vs Private”, Le Meridean, Kuala Lumpur
Selain dari Kuliah Umum di bawah Tun Hussein Onn Chair, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram juga terlibat dengan aktiviti di ISIS, antaranya:
- Panelist in Planery 6 on “Exceptionalism Vs Integration: Nationalist, Anti-Globalisation and Anti-Establishment Politics”, 31st Asia-Pacific Roundtable on “The Future of the Asia-Pacific: Issues and Institutions in Flux”, 22-24 May 2017, Hilton, Kuala Lumpur.
- Delivered Keynote Address, “Malaysia’s Development Challenges and the Role of Think Taks” – led to the launching of the 2015 Global Go To Think Tank Index Ranking with the theme “Why Think Tanks Matter to Policy Makers and the Public”; 27 Jan 2016, ISIS Malaysia, Kuala Lumpur.
- Publication – “Thinking Allowed”, ISIS Focus 2/2016, Issue No. 1, 2016.
- Interview on Asia’s political and economic trends, “The Belt and Road Vs the Washington Consensus”, 24/10/2017.
Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram terbukti terserlah sebagai seorang sarjana malim ekonomi dan sains sosial yang diiktiraf secara global dan masih terus aktif menongkah ke hadapan. Peranan yang dimainkan beliau merangkumi penyelesaian pemulihan negara miskin yang dilanda penyusutan ekonomi akibat krisis kewangan sedunia yang tercetus di Amerika Syarikat pada tahun 2007 telah sekaligus menyinarkan imej negara Malaysia di mata dunia.
- Hits: 3181