Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Bin Abdul Hamid dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh dalam bioekonomi dunia masa kini oleh Biofuels Digest, USA. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang menyandang jawatan Pengerusi “Convention on Biological Diversity” (CBD), Subsidiary Body on Scientific, Technical and Technological Advice pada 1997-1998. Dilantik oleh Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu sebagai salah seorang anggota Lembaga Penasihat Sains PBB (2013-2016)
Prof. Datuk Dr. Abdul Khalil H P Shawkataly telah menerbitkan makalah jurnal bertajuk Microbial-induced CaCO3 Filled Seaweed-based Film For Green Plasticulture Application. Kajian ini dijalankan menggunakan geran FRGS-MRSA 2015 untuk penghasilan bioplastik berasaskan rumpai laut (Kappaphycus alvarezii). Rumpai laut mampu terurai secara semulajadi, murah, mudah dikultivasi secara komersil dan boleh diperbaharui. Hasil kajian ini telah memanfaatkan teknologi hijau serta memberi sumbangan terhadap kajian rumpai laut dan akuakultur di Malaysia untuk masyarakat, negara dan global.
Prof. Dr. Sherina binti Mohd Sidik telah menerbitkan makalah jurnal bertajuk Effectiveness of chemotherapy counselling on self-esteem and Psychological affects among cancer patients in Malaysia: Randomized controlled trial. Makalah ini menekankan kepentingan status psikologi seperti kemurungan, kerisauan dan estim diri ke arah tahap kualiti hidup yang lebih baik. Kajian ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan menggunakan kaedah randomized controlled trial. Hasil kajian menonjolkan peranan ahli farmasi dalam meningkatkan kualiti rawatan pesakit kanser di hospital.
Prof. Dr. Lai Oi Ming telah menghasilkan produk diberi nama Remdii® Sensitive Krim Pelembap Intensif yang mengembalikan rintangan kulit yang rosak oleh pengidap ekzema. Pada masa ini, tiada penawar/ubat untuk ekzema. Strategi pengurusan ekzema melibatkan penggunaan steroid atau perencat calcineurin untuk mengurangkan keradangan sebagai pengurusan jangka pendek diikuti oleh penjagaan kulit harian dengan pelembap sebagai penyelenggaraan jangka panjang. Penggunaan pelembap sebagai sebahagian daripada pengurusan ekzema adalah penting untuk kawalan penyakit yang lebih baik dan mengelakkan keradangan semula. Teknologi ini adalah unik dan dilindungi oleh 2 paten (MY 158177A dan PI2017702335). Hasil jualan produk setakat ini telah mencecah RM1.2 juta
Dr. Ang Mei Foong berkelulusan PhD daripada Universiti Putra Malaysia (2019), Master of Music (Music Performance) daripada University of Melbourne (2007) dan Bachelor of Fine Arts daripada National Taiwan Normal University (2003). Pada tahun 2018, beliau telah menerima anugerah Ordine della Stella d’ Italia (Cavaliere) Order of the Star of Italy, Knight. Beliau juga telah memenangi Golden Medal (Voice) peringkat antarabangsa di Berliner International Music Competition, Berlin Jerman.
Prof. Madya Jalaini Bin Abu Hassan berkelulusan Master of Fine Arts daripada Pratt Institute (1995), Higher Diploma in Fine Art daripada University College London (1988) dan Diploma in Art & Design daripada Institut Teknologi MARA (1985). Karya beliau (Picisan Sejarah) telah dibeli oleh National Victoria Gallery manakala diperingkat kebangsaan pula, Khazanah Nasional Berhad telah membeli karya beliau pada tahun 2012.
Prof. Madya Dr. Kamariah Binti Kamarudin telah menerbitkan sebanyak 139 buah karya berkaitan dengan penulisan kreatif. Beliau telah memperoleh sebanyak RM54,470 melalui dana penyelidikan individu manakala dana penyelidikan bersama sebanyak RM275,425. Beliau telah menerima sebanyak 72 pengiktirafan antarabangsa dan universiti.
Dr. Shahreza Bin Md. Sheriff banyak menjalankan penyelidikan dalam penambahbaikan genetik ke atas spesies akuakultur melalui pembiakan terpilih, kacukan, penghibridan, manipulasi kromosom dan penggunaan penanda molekul. Penyelidikan beliau banyak tertumpu kepada pengenalpastian stok induk ikan seperti ikan laga, ikan arowana, ikan kerapu menggunakan penanda DNA bagi tujuan pengurusan induk serta penghasilan benih ikan.
Prof. Madya Dr. Oon Chern Ein berkelulusan PhD daripada Oxford University dalam bidang onkologi perubatan. Bidang penyelidikan beliau adalah di dalam terapi kanser dan telah menemui perencat sirtuin yang boleh menyasar kedua-dua sel kanser dan tumor vaskulator. Sebagai ahli akademik, beliau telah melaksanakan kaedah active flipped classroom yang menekankan senario kehidupan sebenar. Beliau juga mengetuai 6 projek komuniti dan 11 projek penyelidikan. Beliau juga giat mempromosikan STEM melalui agensi seperti Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Kluster Sains Pulau Pinang dan CSR Shangri-La Resorts.