Slider

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Kelompok Penulisan Kreatif)

Penerima
Prof. Dr. Sherina binti Mohd Sidik
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tajuk Makalah
Effectiveness of chemotherapy counselling on self- esteem and Psychological affects among cancer patients in Malaysia: Randomized controlled trial
  1. Makalah ini menekakan kepentingan status psikologi seperti kemurungan, kerisauan dan estim diri ke arah tahap kualiti hidup yang lebih baik. Kadar insiden kanser semakin meningkat dan dianggarkan 9 juta kematian akibat kanser direkodkan pada 2015.
  2. Manakala prevalens kemurungan dan kerisauan dalam kalangan pesakit kanser di Malaysia semakin meningkat kepada 22.0% dan 31.7% pada 2015. Satu modul berjudul Managing Patients on Chemotherapy telah dibangunkan dan digunakan oleh ahli farmasi sebagai intervensi untuk memberi khidmat kaunseling kemoterapi kepada pesakit kanser.
  3. Hasil intervensi melibatkan empat sesi kaunseling menggunakan modul tersebut berjaya menunjukkan penurunan sebanyak 26.8% bagi kemurungan, 19.6% bagi kerisauan dan dan peningkatan sebanyak 4 kali ganda bagi estim diri pesakit.
  4. Kajian ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan menggunakan kaedah randomized controlled trial. Hasil kajian menonjolkan peranan ahli farmasi dalam meningkatkan kualiti rawatan pesakit kanser di hospital.
  5. Penemuan ini relevan dengan cabaran negara yang berdepan dengan masalah kekurangan tenaga dalam industri perubatan. Pemerkasaan peranan ahli penjagaan kesihatan yang lain seperti ahli farmasi dapat membantu mengurangkan kadar nisbah antara doktor dan pesakit sekaligus memberi kesan positif kepada kualiti hidup pesakit kanser.
  6. Terbukti secara saintifik bahawa impak daripada kaunseling kemoterapi oleh ahli farmasi ini menyokong matlamat untuk memberikan perkhidmatan perubatan terbaik di dunia.
  • Hits: 767
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi