Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan)

Penerima
Dr. Shahreza Bin Md Sheriff
Institusi
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kelompok
Sains Gunaan
  1. Banyak menjalankan penyelidikan dalam penambahbaikan genetik ke atas spesies akuakultur melalui pembiakan terpilih, kacukan, penghibridan, manipulasi kromosom dan penggunaan penanda molekul.
  2. Penyelidikan banyak tertumpu kepada pengenalpastian stok induk ikan seperti ikan laga, ikan arowana, ikan kerapu menggunakan penanda DNA bagi tujuan pengurusan induk serta penghasilan benih ikan. Selain itu, penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dilaksanakan.
  3. Salah satu projek yang dilaksanakan dibawah geran penyelidikan ialah “Incorporating Simulation Model and Digital Game-Based Learning Approaches in Aquaculture Breeding Program Education”.
  4. Terlibat dalam melaksanakan program pemindahan ilmu dari segi aplikasi genetik dalam akuakultur kepada penternak dan agensi. Antara projek yang terlibat ialah projek peningkatan penghasilan ikan Arowana melalui pendekatan genetik dan program pemindahan ilmu asas genetik dan pembiakbakaan ikan laga melalui kepada penternak ikan laga di Terengganu.
  5. Telah menjadi penceramah dalam beberapa kursus asas genetik dan pembiakbakaan ikan kepada penternak.
  6. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, telah beberapa menjadi penceramah dalam skop pentaksihan dan pembangunan portfolio pengajaran.
  • Hits: 987
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi