Slider

Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Visual, Seni Bina Atau Kraf)

Penerima
Prof. Madya Jalaini Bin Abu Hassan
Institusi
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  1. Prof. Madya Jalaini Bin Abu Hassan berkelulusan Master of Fine Arts daripada Pratt Institute (1995), Higher Diploma in Fine Art daripada University College London (1988) dan Diploma in Art & Design daripada Institut Teknologi MARA (1985).
  2. Beliau berkarya secara berterusan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Karya (lukisan) beliau diangkat dan dipamerkan di serata dunia serta dikomersialkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Karya beliau banyak mencerminkan ciri-ciri identiti nasional dan menjadi koleksi perseorangan dan agensi.
  3. Beliau percaya bahawa kaedah kajian yang berasaskan penyelidikan kerja studio memberi sumbangan penting dalam pembelajaran. Beliau juga meletakkan diri beliau sebagai pengamal seni yang juga pemerhati sosio-budaya yang aktif, berupaya menilai, menganalisa, memproses, mengkritik, menyaran dan mengapresiasi persekitarannya.
  4. Diperingkat antarabangsa, karya beliau (Picisan Sejarah) telah dibeli oleh National Victoria Gallery manakala diperingkat kebangsaan pula, Khazanah Nasional Berhad telah membeli karya beliau pada tahun 2012.
  • Hits: 869
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi