Pencapaian akademik Academician Professor Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff telah memberi impak kepada negara dan masyarakat dalam pelbagai cara. Pada 2014, beliau diiktiraf sebagai salah seorang daripada 20 wanita paling berpengaruh di Dunia Muslim dalam Sains oleh Muslim-Science.com. Pada 2015, beliau telah dianugerahkan Anugerah Merdeka yang berprestij.
Prof. Emerita Datuk Dr. Asma binti Ismail dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa atas ketokohan, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam kemajuan ekosistem pendidikan tinggi, penyelidikan bioteknologi perubatan berimpak tinggi dan pejuang perubahan dasar dan tadbir urus Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) supaya ia menjadi penggerak utama ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Kehebatan kepimpinan akademik beliau diiktiraf oleh pelbagai institusi akademik antarabangsa terutamanya di negara-negara Organisation of Islamic Cooperation (OIC), Asia dan Komanwel.
Prof. Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) dan Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Imperial College London, UK di dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Kini, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah HICoE Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC), UTM.
Prof. Dr. Fredolin Tangang @ Tajudin bin Mahmud adalah seorang Profesor dalam bidang klimatologi di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar di Fakulti ini. Prof Fredolin telah berkhidmat dengan UKM selama lebih kurang 35 tahun sejak 1986.