Anugerah Akademik Harapan

Prof. Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) dan Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Imperial College London, UK di dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Kini, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah HICoE Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC), UTM.
- Bidang penyelidikan beliau tertumpu kepada pembangunan teknologi membran termaju bagi mengatasi masalah pencemaran air dan penghasilan tenaga. Sehingga kini, beliau telah mengetuai 50 projek penyelidikan termasuk enam geran antarabangsa dan tiga geran industri/kontrak yang bernilai RM6,000,000.00.
- Beliau telah menerbitkan 340 penerbitan berindeks Scopus/WoS dengan h-indeks 33 (bersitasi >4000). Hasil dari aktiviti penyelidikan dan inovasi ini telah dilindungi dibawah 30 harta intelek and menerima beberapa anugerah kecemerlangan, contohnya Top Research Scientist Malaysia 2019, MASS Young Researcher Award 2018, Hitachi Scholarship Research Support Program 2018, Aseanian Membrane Society (AMS) New Member Special Award 2018, Anugerah Penyelidikan Terbaik UTM 2017 dan wakil Malaysia bagi 2017 Asia-Pacific Economy Cooporation (APEC) Science Prize for Innovation, Research and Education (ASPIRE) Prize.
- Disamping itu, projek inovasi yang beliau ketuai juga telah merangkul 3 anugerah “Best of the Best”, 4 anugerah khas dan 13 medal emas di pelbagai pertandingan inovasi.
- Dari segi pengajaran dan pembelajaran, beliau menekankan pembelajaran aktif di dalam kelas dan telah menerima Anugerah Kecemerlangan “Active Blended Learning Course” dari UTM.
- Beliau juga telah memperolehi geran pendidikan “Collaborative Education Program” yang bernilai RM415,084 dari Japan International Cooperation Agency (JICA) Project for AUNSEED.
- Beliau juga dilantik sebagai professor pelawat di 2 buah universiti luar negara.
- Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat hiliran UTM bernama Filt Us Sdn Bhd pada tahun 2020 dan mengetengahkan beberapa produk pemulihan alam sekitar berdasarkan harta intelek yang dihasilkan. Salah sebuah hasil intelek beliau juga dipilih untuk program Enabling Intellectual Property Environment (EIE) di bawah World Intellectual Property Organization (WIPO) pada 2018.
- Beliau juga turut diberi kepercayaan oleh pihak industri untuk mengetuai empat projek perundingan. Manakala, dari segi kepimpinan, beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Kehormat Young Scientist Network (YSN)-ASM. Beliau juga dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi National Science Challenge 2018, iaitu sebuah kuiz sains terbesar bagi pelajar sekolah di Malaysia.
- Beliau juga telah dilantikan sebagai Setiausaha bagi Persatuan Membran Malaysia, selain dari menjadi pengerusi/penasihat bagi 5 persidangan antarabangsa/kebangsaan.
- Disamping itu, beliau telah dilantik sebagai Editor/Editor Tamu untuk 10 jurnal berindeks Scopus/WoS.
- Beliau kini bekerjasama erat dengan pihak UMW Sdn. Bhd. untuk membangunkan kemudahan penghasilan membran berkapasiti industri yang pertama di Malaysia ini.
- Hits: 1011