Anugerah Akademik Harapan

- LATAR BELAKANG
- Prof. Madya Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Bahan daripada The University of Queensland, Australia.
- Beliau juga mempunyai kelulusan dua ijazah sarjana iaitu Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dan Sarjana Pengurusan Pentadbiran selain mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.
- Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Analisis Kegagalan dari 2007-2010 di Intel Malaysia dan kemudian sebagai ahli akademik di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bermula 2010 sehingga kini.
- Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting universiti seperti Timbalan Dekan dan Pengerusi Rancangan di beberapa jabatan di UniMAP. Selain jawatan di universiti, beliau juga merupakan Pengerusi Tin Solder Technology Researchers Group (TSTRG) di bawah Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah Malaysia sejak 2017 sehingga kini.
- Beliau merupakan seorang Jurutera Profesional yang berdaftar di bawah Board of Engineers Malaysia (BEM) dan ahli profesional beberapa badan profesional dalam dan luar negara.
- PENCAPAIAN
- Beliau mempunyai kepakaran dalam Kejuruteraan Bahan khususnya dalam pembangunan aloi. Selain daripada itu, beliau merupakan segelintir penyelidik Malaysia yang mempunyai kepakaran bagi perincian bahan menggunakan synchrotron iaitu fasiliti pemecut zarah di beberapa synchrotron terkemuka luar negara seperti SPring-8 Synchrotron Japan, Australian Synchrotron serta Thailand Synchrotron.
- Beliau telah terlibat lebih dari 13 projek penyelidikan sebagai penyelidik utama dan bersama menggunakan fasiliti termaju ini. Salah satu kejayaan beliau adalah mengetuai kumpulan bagi pembangunan fasiliti ujikaji pengimejan in-situ soldering di SPring-8 Synchrotron Japan yang telah mencapai penemuan proses pembentukan mikrostruktur secara in-situ dalam bahan pateri sewaktu proses pematerian.
- Kini, beliau telah mengetuai dan terlibat dengan 43 projek penyelidikan di dalam dan luar negara yang mana telah memperolehi jumlah geran penyelidikan dalam dan luar negara hampir berjumlah RM 6.1 juta. Penyelidikan beliau telah menghasilkan 184 artikel penerbitan termasuk jurnal berimpak yang telah dipetik sebanyak 1026 dan h-indeks semasa beliau adalah 19 (Google Scholar).
- Beliau mempunyai 12 harta intelek termasuk paten dan hak cipta.
- Pencapaian beliau telah di iktiraf dengan memperoleh pelbagai anugerah dan pengiktirafan di dalam dan luar negara. Antara anugerah luar negara yang diperolehi adalah seperti Outstanding Scientist, Outstanding Male Champion and Ambassador Award, Nobel Inventor Order of Merit dan pelbagai lagi.
- Beliau merupakan penerima anugerah Top Research Scientist Malaysia 2020. Selain daripada itu, beliau dilantik sebagai Professor Kunjungan di Universitas Ubudiyah Indonesia, Penasihat Penyelidikan di Universitas Negeri Makassar Indonesia, Penyelidik Kehormat Gheorghe Asachi Technical University of Lasi Romania serta penyelidik pelawat di Imperial College London.
- Beliau juga giat menyumbang kepada kerja kemasyarakatan termasuk memberi ceramah berkaitan STEM serta sebagai penasihat dan juri dalam pelbagai projek inovasi di pelbagai peringkat pengajian di Malaysia.
- Hits: 894