Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk

- LATAR BELAKANG
- Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Bin Abu Osman telah dilahirkan pada 5 November 1969.
- Sebagai ahli akademik dan penyelidik dalam bidang P&O, dan dengan sokong pihak pengurusan Universiti Malaya, saya telah mewujudkan program Ijazah Kejuruteraan Bioperubatan (Prostetik & Ortotik) pertama dan satu-satunya di Malaysia sehingga kini.
- PENCAPAIAN
- Sebagai penyelidik utama, beliau memperolehi sejumlah geran melebihi RM6 juta dari pelbagai sumber dalam dan luar negara termasuk dana RM400,000 dari International Industry OSSUR di Iceland.
- Bagi membolehkan manfaat dan impak yang lebih besar disumbangkan dalam bidang P&O, beliau telah menubuhkan Centre for Applied Biomechanics pada tahun 2008. Ia merupakan medan utama dalam mendorong beliau menghasilkan penerbitan dan penciptaan berasaskan hasil penyelidikan dalam bidang ini sehingga kumpulan beliau berjaya meletakkan Malaysia di tangga kedua dunia dalam bidang penyelidikan P&O selepas Amerika Syarikat.
- Hasil dan impak penyelidikan ini menguasai lebih 21 peratus daripada hasil penyelidikan berkaitan P&O di peringkat global.
- Sebuah syarikat BioApps Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai lanjutan kepada kejayaan menghasilkan 12 paten. Syarikat yang diterajui 18 orang staf ini merupakan pembekal produk dan perkhidmatan P&O di Malaysia yang berpandukan slogan “From Research to Retail”. Antara klien syarikat adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pusat Zakat, Persatuan Veteren, hospital kerajaan dan swasta.
- Syarikat beliau juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan membekal kaki palsu kepada anak-anak Palestine dengan sokongan pihak TECSO, dan kepada pesakit lain di Indonesia, Brunei, Palestin, Singapura dan Bangladesh.
- Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Khas dalam menubuhkan Pusat Prostetik dan Ortotik Kebangsaan, dan mendapat pengiktirafan daripada International Society of Prosthetics and Orthotics, Belgium dengan anugerah berprestij “The Forchheimer Prize” pada tahun 2013.
- Pengiktirafan ini merupakan satu-satunya anugerah yang diperolehi oleh anak Malaysia sehingga hari ini. Semua pencapaian dan pengiktirafan merupakan pemangkin untuk beliau terus berbakti kepada negara dan memberi impak kepada dunia dalam bidang P&O ini.
- PRODUK DAN INOVASI YANG DIHASILKAN
- Satu (1) teknologi - Prosthetic Suspension System iaitu merupakan satu alat yang berfungsi sebagai pengganti kepada pesakit yang kehilangan, kecacatan dan ketidaksempurnaan anggota badan terutamanya tangan dan kaki. Dalam memberikan prosthesis kepada pesakit, ia akan memberikan impak positif yang mendalam dalam kehidupan pesakit yang merangkumi banyak faktor dari pengurangan tahap kesakitan sehingga mempertingkat fungsi anggota badan yang akan memberikan perubahan yang besar kepada aktiviti harian pesakit.
- Jualan kasar kumulatif RM 10.47 juta
- Yuran perlesenan kepada universiti dan yuran profesional kepada penyelidik.
- Penerbitan akademik dalam Citation Indexed Journal (CIJ) dan Non- Citation Indexed Journal
- Paten granted dan pemfailan Patent Cooperation Treaty (PCT).
- Memenangi beberapa anugerah dalam dan luar negara seperti Forchheimer Prize 2013, Malaysia Technology Expo (MTE) 2012 dan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2012.
- Hits: 1330