Anugerah Penerbitan Buku

- Dr. Sr Zuraini Md Ali, anak jati Teluk Intan, Perak mempunyai latar belakang pendidikan senibina di Amerika Syarikat dan United Kingdom, mempunyai pengalaman kerja pemuliharaan bangunan di Malaysia sejak 1998 serta mendapat pengiktirafan sebagai konservator berdaftar sejak 2015.
- Memulakan kerjaya penulisan beliau secara teknikal berdasarkan kajian dan pengalaman restorasi bangunan warisan termasuklah projek utama restorasi Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya selepas kebakaran besar 2001
- Beliau telah menerima penghargaan dan anugerah di dalam penyelidikan dan kerja perundingan termasuklah ‘Honorable Mention National Heritage Awards 2004: Conservation with Adaptive Re-Use of Bargas Zakariah’ dari Badan Warisan Malaysia pada 2005.
- Berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Malaya sejak 1998, beliau telah menyumbang bab dalam 3 buku terbitan, 23 artikel jurnal berwasit dan 30 artikel prosiding terbitan tempatan dan luar negara.
- Beliau pernah memenangi anugerah Pingat Emas dalam Ekspo Penyelidikan, Rekabentuk & Inovasi UM 2004 untuk kajian Sejarah Senibina Pemuliharaan terhadap rumah-rumah warisan terpilih di Melaka, tiga Anugerah Pingat Gangsa dalam Ekspo Sains dan Teknologi 2002 dalam kajian dan dokumentasi bangunan warisan di Universiti Malaya, Melaka dan Perak.
- Karya ilmiah hasil penyelidikan Phd bertajuk ‘British Colonial and Post-Colonial Attitudes to Architecture and Heritage Conservation in Malaysia’ memberi sumber inspirasi kepada buku sulungnya tentang wira tidak didendang.
- Kajian melebihi satu dekad telah mematangkan beliau untuk menerbitkan buku ‘Mubin Sheppard: Pioneering Works in Architectural Conservation in Malaysia’.
- Beliau telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaya 2017 kriteria penerbitan buku, diikuti dengan Anugerah Buku Negara 2020: Anugerah Pengajian Tinggi (Alam Bina) anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara pada April 2021, anugerah berprestij di peringkat kebangsaan.
- Buku ini menyorot pembangunan dan asal usul pemuliharaan atau konservasi seni bina Malaysia dengan merujuk kepada peranan penting Allahyarham Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Mubin Sheppard sebagai pemangkin dan pendorong aktiviti pemuliharaan sebelum dan sesudah Merdeka.
- Buku ini mengisi lompang maklumat akibat kekurangan usaha mendokumenkannya dengan memberikan latar belakang sejarah dan usaha pembangunan pergerakan pemuliharan senibina di Malaysia yang hampir hilang bersama generasi lama.
- Buku ini menjadi rujukan penting yang dapat membetulkan kesilapan pemahaman sejarah berkenaan perkara sebenar asal usul pembangunan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
- Dampak ilmiah dan penerobosan ilmu buku ini amat tinggi dan membuka ruang kepada kajian ilmiah seterusnya.
- Hits: 699