Slider

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains Sosial & Sastera)

Penerima
Prof. Dr. Nor'Aini binti Yusof
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tajuk Makalah
Do environmental, economic and reputational advantages strengthen green practices' impact on environmental performance?
LATAR BELAKANG
  1. Prof. Dr. Nor'Aini Binti Yusof merupakan Profesor dalam bidang Pembangunan Harta Tanah yang menumpukan penyelidikan dan penerbitan tentang kaedah Meningkatkan Prestasi Industri Pembinaan Melalui Inovasi dan Amalan Hijau. Kini, beliau berjaya menyiapkan geran penyelidikan universiti dan geran penyelidikan kebangsaan yang bernilai hampir RM2.0 juta.
PENCAPAIAN
  1. Hasil penyelidikan beliau telah diterbitkan di dalam jurnal berindeks, buku dan bab dalam buku.
  2. Beliau telah menerbitkan tiga buah buku, lapan bab dalam buku, 68 makalah berindeks dalam Web of Science dan 94 makalah berindeks dalam Scopus.
  3. Kehebatan penerbitan beliau telah memberikan impak kepada komuniti akademia dari segi bilangan sitasi, iaitu 374 dengan 5.5 purata sitasi bagi satu makalah, 31.2 purata sitasi setahun dan 11 H-indeks.
  4. Selain Malaysia, lima negara teratas yang telah menjadikan penerbitan beliau sebagai rujukan ialah Korea Selatan, Arab Saudi, India, Turki dan United Kingdom.
  5. Beliau memegang beberapa jawatan penting seperti panel pakar Harta Tanah Negara (NAPREC), penilai luar permohonan kenaikan pangkat Profesor dan Profesor Madya universiti awam Malaysia, penilai makalah jurnal berindeks, penilai luar bagi geran penyelidikan King Fahd University of Petroleum and Minerals, Arab Saudi dan pernah dipinjamkan ke Effat University, Arab Saudi.
  6. Beliau juga pemeriksa luar bagi tesis Doktor Falsafah dan Sarjana Penyelidikan bagi universiti di Malaysia dan Afrika Selatan. Beliau juga telah menerima anugerah Penilai Rakan Sebaya antara 10 peratus teratas bagi Makalah Sains Sosial pada tahun 2016 oleh Publons

SINOPSIS JURNAL
  1. Kekuatan kajian ini berbanding dengan kajian lepas adalah penumpuan terhadap tiga (3) faktor secara serentak iaitu faedah alam sekitar, ekonomi dan reputasi projek.
  2. Penemuan ini menekankan peranan pengurusan bekalan hijau melalui reka bentuk, pengeluaran dan pengangkutan sumber-sumber bagi meningkatkan prestasi alam sekitar sektor pembinaan, dan hal ini sekali gus membantu Malaysia mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2030.
  3. Penemuan ini boleh dipraktikan kepada negara-negara sedang membangun yang berhadapan dengan faedah amalan hijau yang kabur.

  • Hits: 450
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi