Dato’ Profesor Dr. Adeeba Kamaruzzaman merupakan ahli sarjana yang terkenal dalam bidang perubatan atas pencapaiannya dan sumbangannya dalam bidang penyelidikan penyakit berjangkit dan advokasi perubatan di Malaysia dan juga di pentas antarabangsa. Beliau yang pernah menempa nama dalam Majalah Forbes 50 Over 50 tahun 2022 sebaris dengan Tokoh Wanita terkenal dunia merupakan anak kelahiran Kelantan yang berkelulusan dari Universiti Monash dan dilatih dalam bidang perubatan dalaman dan penyakit berjangkit di Pusat Perubatan Monash dan Hospital Penyakit Berjangkit Fairfield, Australia.
Ts. Dr. Mariani Abdul Hamid merupakan pensyarah kanan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkelulusan PhD in Biochemical Engineering.
Prof. Dr. Shamsul Bahri bin Abdul Razak telah dilahirkan pada tahun 1968 dan telah berkhidmat sebagai ahli akademik selama 10 tahun. Beliau yang kini menjawat jawatan Profesor merupakan akademia di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Prof. Madya Dr. Adibah binti Abdul Latif mempunyai kekuatan utama kerana bukan sahaja berasal dari bidang pendidikan, malah beliau juga terlibat secara langsung dengan pelbagai pelan dan polisi pengajaran dan pendidikan di peringkat kebangsaan dan universiti. Beliau turut mempraktikkan pengetahuan dalam pendidikan merangkumi kurikulum, teori, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran serta pentaksiran bukan sahaja dalam pengajaran, malah dalam menyumbang kepada industri pendidikan, sekolah dan komuniti.
Dr Norliza binti Mohd Isa merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Alam Bina dan Ukur (Senibina Landskap) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berkelulusan Doktor Falsafah (2015) dalam bidang Built Environment dari International Islamic University Malaysia (IIUM), Sarjana Senibina (2009), Sarjana Muda Senibina (2007) dan Diploma Senibina (2004) dari UTM.
Prof. Madya Dr. Tan Jun Jie merupakan graduan ijazah muda sains bioperubatan kelas pertama Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2007 dan penerima hadiah latihan akademik Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk melanjutkan pelajaran kedoktorannya di Oxford University pada tahun 2011. Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2011 dan dinaikan pangkat ke Profesor Madya pada tahun 2021.