Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk

- Anugerah Usahawan Johor 2021, 10 Januari 2022 for DERMAGS® Skin Solution, Persada Johor International Conventional Centre Johor Bahru, Johor
- Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk 2018 DERMAGS® Intensive Brightening Skin Solution with Alpha-MAGs, sempena Anugerah Citra Karisma Universiti Teknologi Malaysia,
- Anugerah Perekacipta 2018 DERMAGS® Intensive Brightening Skin Solution with Alpha-MAGs, sempena Anugerah Citra Karisma Universiti Teknologi Malaysia.
- Pemenang Utama (Kategori Pengkomersialan Produk), DERMAGS® Skin Solution, Tahun Pengkomersilan Malaysia (MCY MOSTI 2018), 17-20 Oktober 2018.
- Gold Medal Award, 24th International Invention, ITEX 2013 A new Discovery of Cosmeceutical Ingredient : Alpha-MAGs'
- Gold Medal Award, 14th INATEX 2012, ‘A New Discovery of Cosmeceutical Ingredient : AlphaMAGs'.
DERMAGs® Intensive Brightening Serum diilhamkan ketika penyelidik merangkap pengasasnya, Ts. Dr. Mariani Abdul Hamid menjalankan penyelidikan PhD beliau di Korea Selatan melalui kajian in-vitro dan in-vivo mengenai potensi Alpha-MAGs® dalam membantu mencegah penuaan, membaikpulih sel kulit serta mencerahkan kulit. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, tahap ekspresi "microphthalmia-associated transcripton factor (MITF)" dan juga enzim tyrosinase terbukti dapat dikurangkan dengan ketara setelah dirawat dengan Alpha-MAGs®. MITF dan enzim tyrosinase merupakan penggalak dalam penghasilan pigmen melanin melalui proses melanogenesis.
Pengurangan MITF dan enzim tyrosinase seterusnya dapat mengurangkan penghasilan pigmen melanin dan sekaligus mencerahkan kulit. Selain daripada itu melalui kajian in-vitro, Alpha-MAGs® juga terbukti membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang dihasilkan oleh sel fibroblast. Kajian PhD ini telah diselia sepenuhnya oleh Profesor Park Chang Seo, Pengarah Institut Penyelidikan Kosmetik Antarabangsa Korea dan Penyelia bersama Prof Dr Mohamad Roji Bin Sarmidi yang merupakan pengarah Institut Pembangunan Bioproduk UTM Skudai.
DERMAGs® Intensive Brightening Serum juga menggunakan teknologi nano (niosome sebagai nonocarrier), bagi meningkatkan kebolehserapan bahan aktif iaitu Alpha-MAGs® ke dalam kulit. Saiz partikal yang kecil (nano) kurang daripada 100 nM mampu menembusi kulit dan menghidrat hingga ke lapisan epidermis yang paling dalam (lapisan basal) sekaligus meningkatkan kadar keberkesanan produk. Di antara kebaikan produk DERMAGs® Intensive Brightening Serum ialah mampu mencerahkan kulit, menganjalkan, melembapkan, mengekalkan keremajaan serta merawat sel-sel kulit yang telah rosak. Serum ini dapat membantu mengembalikan kulit kepada keadaan optimum dan menghalang kerosakan sel kulit berterusan akibat proses oksidasi dan sinaran UV yang merbahaya.
- Hits: 338