Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan)
- Penerima
- Dr. Norliza binti Mohd Isa
- Institusi
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
LATAR BELAKANG
Dr Norliza binti Mohd Isa merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Alam Bina dan Ukur (Senibina Landskap) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berkelulusan Doktor Falsafah (2015) dalam bidang Built Environment dari International Islamic University Malaysia (IIUM), Sarjana Senibina (2009), Sarjana Muda Senibina (2007) dan Diploma Senibina (2004) dari UTM.
PENCAPAIAN
Beliau memulakan kerjaya akademik di UTM sejak 15 tahun lalu sebagai Tutor pada tahun 2008. Antara anugerah akademik dan pengajaran yang pernah dicapai adalah Best Student Doctor of Philosophy, Kulliyah of Architecture and Environmental Design, IIUM (2015), Anugerah Pengajaran - Kategori Sains Teknologi, UTM (2019), Anugerah Khas Menteri Pendidikan, Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tempat Ketiga bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka (AKRI 2019), Pemenang NALI Award bagi New Academia Learning Innovation (NALI) 2022 selain pelbagai kemenangan pingat Gold & Silver Medal Award bagi NALI 2018 – 2022, Gold Medal, UTM Grand Challenges 2018 dan pelbagai anugerah kecemerlangan dalam perkhidmatan.
Minat dan semangat yang tinggi terhadap aktiviti pembangunan dan projek pembelajaran pelajar dengan memegang prinsip dari kata-kata Imam Malik RA: “Adab sebelum Ilmu” dan didasari oleh nilai AQWAM (Attitude, emotional Quotient, teamWork, Adaptability & comMunication skills) yang menjadi kunci kejayaan beliau mengimplimentasikan inovasi pembelajaran abad-21.
Falsafah pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah berlandaskan Teori Perlakuan (Behaviorism). Antara projek inovasi pembelajaran yang telah diimplimentasikan dengan penerapan nilai AQWAM adalah PeerArtgogi (Peer-learning & Art), Community Project-based Learning (CPBL) dan Incidental Context Based Learning (IC-BL). Inovasi yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan ini telah mencapai objektif yang direkabentuk khusus bagi mencapai Pengalaman Pembelajaran Imersif di kalangan pelajar.