Anugerah Penerbitan Buku
- Penerima
- Prof. Dr. Shamsul Bahri bin Abdul Razak
- Institusi
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Tajuk Buku
- Kelulutologi - Merungkai Misteri Kelulut, Alam dan Kehidupan Manusia
LATAR BELAKANG
Prof. Dr. Shamsul Bahri bin Abdul Razak telah dilahirkan pada tahun 1968 dan telah berkhidmat sebagai ahli akademik selama 10 tahun. Beliau yang kini menjawat jawatan Profesor merupakan akademia di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
PENCAPAIAN
Antara buku yang telah diterbitkan ialah :
- Shamsul Bahri Abd Razak & Mokhtar Ishak (2017). Repositori Kelulut Indo-Malaya sekayu, (Memenangi Anugerah Buku Negara 2018 kategori R&D)
- Shamsul Bahri Abd Razak (2017.) Kembara Kelulut Semenanjung Malaysia,
- Shamsul Bahri Abd Razak, Nur Aida Hashim, Ng Lee Chuen dan Andrew A. Ngadin (2019). Kajian dan Isu Terkini Pertanian.
- Shamsul Bahri Abd Razak, Noor Aznida Alias and Mokhtar Ishak (2019), Legasi Lebah dan Kelulut Dalam Masyarakat Tradisional
- Tuan Zainazor Tuan Chilek, Fisal Ahmad and Shamsul Bahri Abd Razak (2020). Resipi Madu Kelulut Sekali Rasa Lekat di Mulut.
- Shamsul Bahri Abd Razak (2021). Kelulutologi - Merungkai Misteri Kelulut, Alam dan Kehidupan (Memenangi Anugerah Buku Negara 2022 Kategori Alam Semulajadi & Penyelidikan)
- Shamsul Bahri Abd Razak, Tuan Zainazor Tuan Chilek, Jumadil Saputra (2023). Recent Advances in Global Meliponiculture.
SINOPSIS BUKU
Penulisan buku ini merupakan intipati daripada hasil kajian, penelitian, pengalaman dan pergaulan serta maklum balas bersama pemain industri kelulut oleh beliau bermula dari tahun 2015. Isi kandungan buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau yang terlibat secara langsung di dalam siri ekspedisi kelulut UMT, seminar, ceramah dan bengkel yang dijalankan di seluruh negara. Buku Kelulutologi merangkumi maklumat dari sudut pandang ahli akademik serta pemain industri. Buku ini menjadi tarikan pembaca bukan sahaja dari segi pelbagai maklumat kelulut yang dizahirkan dari ilham penulis malah juga disulami dengan foto-foto makro kelulut yang unik dan berwarna-warni hasil kreativiti fotografi penulis sendiri yang menjadikan buku sebagai rujukan yang menarik. Terbitan buku ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari pengusaha dan peminat kelulut negara sehingga ia diulang cetak kali kedua pada tahun 2022.