Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains)

Penerima
Prof. Madya Dr. Tan Jun Jie
Institusi
Universiti Sains Malaysia (USM)
Tajuk Makalah
Human iPS-derived pre-epicardial cells direct cardiomyocyte aggregation expansion and organization in vitro
LATAR BELAKANG
Prof. Madya Dr. Tan Jun Jie merupakan graduan ijazah muda sains bioperubatan kelas pertama Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2007 dan penerima hadiah latihan akademik Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk melanjutkan pelajaran kedoktorannya di Oxford University pada tahun 2011. Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2011 dan dinaikan pangkat ke Profesor Madya pada tahun 2021.

PENCAPAIAN
Beliau juga dilantik sebagai felo penyelidik kunjungan di King’s College London pada tahun 2014-2015 dan penerima hadiah Sub-Kepakaran & Pasca Kedoktoran (SKPD) Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjalankan Penyelidikan pasca-kedoktoran di Harvard Medical School pada tahun 2016-2018. Penyelidikan beliau berfokus kepada bidang biologi sel tunjang dan aplikasi dalam mengubati penyakit jantung, satu bidang penyelidikan yang baru di Malaysia. Dengan sumber yang terhad, beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Hadiah Penyelidik Muda di Persidangan Serantau Perubatan Molekul anjuran UKM pada tahun 2013 dan 2015.

Beliau juga dipilih sebagai penyelidik muda terbaik untuk menerima Geran Penyelidikan Perubatan Dr.Ranjeet Bhagwan Singh (RBS) pada tahun 2022. Prof. Madya Dr. Tan Jun Jie telah menghasilkan sejumlah 35 makalah termasuk jurnal berimpak tinggi Biomaterials, Basic Research in Cardiology, Elife dan Nature Communications. Penyelidikan beliau juga mendapat tajaan geran penyelidikan daripada syarikat bioteknologi tempatan seperti Cryocord Sdn Bhd dan juga sumbangan daripada ALPS Global Holding Bhd untuk membangunkan makmal penyelidikan jantung di USM dengan sokongan peralatan khusus dan dana penyelidikan.


  • Hits: 509
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi