Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

Penerima
Prof. Madya Dr. Adibah binti Abdul Latif
Institusi
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
LATAR BELAKANG
Prof. Madya Dr. Adibah binti Abdul Latif mempunyai kekuatan utama kerana bukan sahaja berasal dari bidang pendidikan, malah beliau juga terlibat secara langsung dengan pelbagai pelan dan polisi pengajaran dan pendidikan di peringkat kebangsaan dan universiti. Beliau turut mempraktikkan pengetahuan dalam pendidikan merangkumi kurikulum, teori, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran serta pentaksiran bukan sahaja dalam pengajaran, malah dalam menyumbang kepada industri pendidikan, sekolah dan komuniti.
Bidang utama beliau adalah pentaksiran pendidikan, namun untuk beliau menguasai pentaksiran pendidikan, beliau telah menguasai aspek kurikulum, penyampaian pengajaran dan proses penambahbaikan secara menyeluruh. Prof. Madya Dr. Adibah memulakan kerjaya sebagai tutor bermula 2003 dan sehingga kini beliau sentiasa belajar ilmu baharu dan berkongsi pengetahuan dengan rakan sekerja di tempat kerja, pensyarah dari Universiti lain di dalam dan luar negara.


PENCAPAIAN
Sepanjang tempoh 20 tahun ini juga beliau mampu mengekalkan penilaian dan maklum balas yang baik dari pelajar. Beliau juga membuat inovasi dalam pengajaran yang dapat dilestarikan oleh pelajar secara autentik dengan merasakan proses pendidikan dan pengurusan pembelajaran di sekolah. Ini kerana beliau amat mementingkan kemenjadian diri pelajar berbanding gred yang mereka perolehi.
Proses pembelajaran adalah sangat penting bagi Prof. Madya Dr. Adibah. Beliau telah memenangi beberapa anugerah berkaitan pengajaran di peringkat kebangsaan dan universiti. Jawatan yang pernah diamanahkan bagi menjaga kualiti program akademik di UTM juga menjadikan beliau sentiasa mengikuti perkembangan dan trend pendidikan terkini. Kini, Prof. Madya Dr. Adibah sentiasa cuba memartabatkan pendidikan melalui pelbagai inovasi dan sumbangan yang boleh saya berikan kepada agama,bangsa dan negara.


  • Hits: 382
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi