Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains Sosial dan Sastera)
- Penerima
- Prof. Madya Dr. Lean Hooi Hooi
- Institusi
- Universiti Sains Malaysia (USM)
Prof. Madya Dr. Lean Hooi Hooi dilahirkan pada 12 Februari 1969 dan berkelulusan ljazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya, Sarjana Sains (Statistik) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan PhD daripada National University of Singapore, Singapura. Kini, beliau merupakan pensyarah di Bahagian Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM. Beliau juga pernah berkhidmat di Monash University, Australia.
Melalui pengkhususan Prof. Madya Dr. Lean Hooi Hooi dalam bidang ekonomi, terdapat beberapa jurnal yang berimpak tinggi telah diterbitkan antaranya adalah empat puluh dua (42) dengan ISI, lapan belas (18) dengan Scorpus dan empat (4) jurnal diterbitkan dengan Excellence in Research for Australia (ERA). Beliau juga telah menerima penghargaan dan anugerah dari pelbagai institusi akademik yang berprestij antaranya adalah ASEAN-ROK Academic Exchange Fellowship (2007), Democratic Pacific Union Visiting Fellowship (2008), International HERMES Fellowship (2009), RePEc Top 5% Malaysian Economists Ranking dan RePEc Top 5% Female Economists Ranking untuk tahun 2014.
Ulasan kepada makalah jurnal:
"Will initiatives to promote hydroelectricity consumption be effective? Evidence from univariate and panel LM unit root tests with structural breaks"
Makalah ini merupakan makalah seminal yang mengkaji salah satu tenaga boleh diperbaharui yang penting, iaitu tenaga hidroelektrik (FI = 2.696). Hidroelektrik adalah salah satu daripada tenaga alternatif yang bersih dan mesra alam sekitar. Kajian ini memberi fokus kepada penggunaan siri metodologi terkini untuk memeriksa sampel penggunaan hidroelektrik di 55 buah negara selama tempoh 47 tahun, termasuk negara Malaysia. Data sekunder yang sahih telah diguna pakai dan diperiksa dengan teliti semasa penyelidikan ini dijalankan.
Selain daripada ujian ujian punca unit univariate, penyelidik juga menggunakan ujian kepegunan panel untuk mengesan pelbagai pecahan struktur secara endogen. Hasil penggunaan metodologi tersebut dapat memberi keputusan dan dapatan yang lebih tepat dan kurang digunapakai oleh para penyelidik terutamanya di Malaysia.
Hasil kajian ini telah menunjukkan inisiatif seperti pembinaan empangan besar bertujuan memberi impak positif yang kekal pada penggunaan hidroelektrik tidak mungkin berkesan. Penggunaan hidroelektrik yang pegun juga mempunyai implikasi pada ramalan dan permodelan penggunaan hidroelektrik. Hasil dapatan kajian ini juga boleh menjadi rujukan asas kepada Malaysia dan negara-negara lain yang ingin membina empangan besar bagi penjanaan tenaga hidroelektrik. Makalah ini juga memberi impak besar dalam pembangunan lestari di Malaysia dan seluruh dunia secara amnya dan penting kepada kehidupan manusia sejagat.
- Hits: 1405