Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

YBrs. Dr. Rahimah Jamaluddin
Penerima
YBrs. Dr. Rahimah Jamaluddin
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)

LATAR BELAKANG

YBrs. Dr. Rahimah Jamaluddin merupakan seorang pakar dalam bidang Sains Rumah Tangga (SRT) dan pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pengalaman selama 12 tahun. Berpandukan falsafah pengajaran IMPAK (Ilmu, Meraikan Kepelbagaian, Pembelajaran Bermakna, Amanah dan Ibadah, Keilmuan dan Keusahawanan), beliau memfokuskan pendidikan yang bermakna untuk melahirkan graduan berdaya saing dan berimpak tinggi.

Sebagai pendidik yang inovatif, beliau menerapkan kaedah seperti Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), Kuliah Interaktif, dan Pembelajaran Berasaskan Komuniti (CBL) untuk memastikan pelajar aktif dan mampu mengaplikasikan ilmu dalam dunia sebenar. Kepakarannya dalam PdP telah menjadikannya pilihan sebagai penceramah dan pemimpin program latihan guru-guru SRT di seluruh Malaysia, dengan lebih 80 projek kolaborasi bersama industri dan komuniti.


PENCAPAIAN

Beliau memainkan peranan utama dalam menganjurkan program berimpak tinggi seperti Konvensyen TVET Negara dan World Home Economics Day, yang memperkasakan guru dan pelajar SRT. Komitmen beliau terhadap penyelidikan terserlah melalui geran yang diterima, penyeliaan lebih 40 pelajar pascasiswazah, serta pencapaian seperti Anugerah Fellowship Naib Canselor (2015, 2023) dan pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi peringkat nasional.


SUMBANGAN

Sebagai ahli aktif MAHE dan ARAHE, beliau terus menyumbang kepada perkembangan SRT di peringkat nasional dan antarabangsa. Dr. Rahimah berpegang teguh pada nilai integriti dan percaya bahawa pendidikan mampu mencipta individu berdaya saing yang memacu perubahan positif dalam komuniti dan dunia sejagat.

  • Hits: 297
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi