Anugerah Penerbitan Buku
LATAR BELAKANG
YBhg. Profesor Datin Dr. Norhayati Mohd Noor ialah Pensyarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) yang telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa. Beliau tersenarai dalam Top 2% Scientists in the World oleh Universiti Stanford melalui Elsevier Data Repository selama tiga tahun berturut-turut (2022-2024) dalam bidang kepakarannya. Atas sumbangannya dalam kesihatan ibu, beliau dilantik sebagai Penasihat Inisiatif Pengukuran Morbiditi Ibu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Geneva, Switzerland.
KEJAYAAN
Dalam pangkalan data Scopus (ID: 57117616900), beliau mencatatkan indeks-h 22 dengan 2,165 sitasi, manakala dalam Web of Science (ID: E-3868-2012), beliau mencatatkan indeks-h 21 dengan 157 penerbitan. Beliau memiliki 40 artikel dalam jurnal Web of Science Q1 yang mewakili penerbitan dalam jurnal berimpak tertinggi, 51 dalam jurnal Web of Science Q2, serta 88 penerbitan sebagai penulis utama dan koresponden.
Di peringkat kebangsaan, beliau menerima Anugerah Buku Ilmiah Terbaik (2022) daripada Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia. Beliau turut menyumbang dalam Consensus Guide to Adult Health Screening (2015) dan terlibat dalam pelbagai laporan teknikal penting di peringkat negeri serta kementerian (KKM).
ANUGERAH
Beliau merupakan penerima Anugerah Sanggar Sanjung daripada Universiti Sains Malaysia selama enam tahun (2015-2022), melibatkan sebanyak 15 penerbitan yang diiktiraf. Di peringkat pusat pengajian, beliau turut menerima Anugerah Penerbitan Berkualiti dalam kategori Profesor dan Profesor Madya daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan selama empat tahun.
