Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Tulen)
Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang pengajaran dan penyelidikan matematik, Profesor Dr. Haslinda Ibrahim telah mendedikasikan kerjayanya untuk mentransformasikan pedagogi matematik bagi mencetuskan rasa ingin tahu, pemikiran kritis dan kreativiti pelajar. Pendekatan transformatif beliau menangani persepsi umum tentang matematik sebagai “dry subject” dengan memperkenalkan kaedah inovatif yang berpusatkan pelajar: Teroka, Temui, dan Bangunkan (ExDiD) yang berasaskan Kitaran Reka Bentuk Kombinatorik. Kaedah ExDiD ini merangkumi tiga fasa utama:
- Pertama, membolehkan pelajar melakukan sumbang saran dan berinteraksi secara bebas dengan masalah atau senario yang diberikan.
- Kedua, melibatkan analisis corak dan prosedur ‘trial-error’, dan ketiga, membimbing mereka dalam membina penyelesaian seperti prosedur, formula, atau algoritma. Kaedah ExDiD memupuk inkuiri, kolaborasi, dan pembelajaran yang lebih mendalam, sambil membina kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
- Menerima pengiktirafan antarabangsa seperti Anugerah Pembantu Pengajar Cemerlang daripada Southern Illinois University.
- Menyandang gelaran Johan bagi kategori Pengajaran Transformatif dalam AKRI Tahun 2019.
- Penerima Anugerah Khas PERSAMA (Persatuan Matematik Malaysia) untuk Reka Bentuk Inovatif (ExDiD) serta Pingat Emas untuk Pembelajaran Awal Matematik.
- Diiktiraf melalui Anugerah Guru Terbilang dan Anugerah SDG untuk kategori Akademik Berdedikasi.
- Menerima pembiayaan daripada UNESCO dan MOSTI untuk mereka bentuk aktiviti yang memperkasakan pendidikan STEM di peringkat global dan nasional.
- Memperoleh geran P&P(Pengajaran & Pembelajaran),untuk membangunkan indeks pengajaran STEM yang holistik khusus bagi sekolah menengah di Malaysia.
- Aktif berkongsi pendekatan ExDiD melalui seminar dan persidangan bagi memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi penyelesai masalah yang inovatif dan pencetus perubahan yang berimpak.
- Hits: 358
