Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Kesihatan)
-
YBrs. Dr. Manraj Singh Cheema merupakan pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia yang menampilkan keunggulan sebagai pendidik abad ke-21. Berlandaskan falsafah pengajaran “Step out of the ordinary, be extraordinary, and achieve the glory,” beliau sentiasa melangkaui sempadan pedagogi tradisional demi membentuk persekitaran pembelajaran yang inklusif, inovatif dan bermakna.
-
Kekuatan beliau terletak pada keupayaan menggabungkan prinsip pedagogi progresif seperti konstruktivisme, pembelajaran berasaskan pengalaman, dan teknologi digital melalui pendekatan seperti gamifikasi, modul kendiri (SIM), realiti maya, serta integrasi kecerdasan buatan (AI) seperti Perusall. Semua inisiatif ini diselaraskan dengan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO), Hasil Pembelajaran Program (PLO) dan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE). Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar, tetapi juga memupuk pemikiran kritikal, daya tahan, etika dan kebertanggungjawaban global.
.
- Beliau telah memenangi lebih sepuluh anugerah kecemerlangan pengajaran dan pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Penyelidik Muda ASEAN (ASEAN-ERC)
- Beliau turut memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi YSN-ASM, serta sering menjadi penceramah jemputan kepada komuniti akademik serantau melalui platform berprestij seperti Erasmus+ dan AAVS Tokyo
- Melalui penyeliaan, penyelidikan dan pengajaran yang berimpak tinggi, beliau menyumbang secara aktif kepada pembangunan kurikulum yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3, 4, 12, 16 dan 17.
- Portfolio beliau mencerminkan naratif yang reflektif dan menyeluruh, di mana sains, nilai dan empati bergabung dalam membentuk pengajaran yang bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi membangunkan modal insan berpaksikan visi, misi dan nilai teras universiti serta negara.
- Hits: 357
