Slider

SOALAN LAZIM (FAQ) ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN KE-17

Bil. Soalan Jawapan
1. Berapakah umur pemohon yang layak membuat permohonan bagi Kategori Anugerah Ahli Akademik Harapan? Pemohon yang layak membuat permohonan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari pada tahun yang dinilai.
2. Saya merupakan warganegara Malaysia dan telah bermastautin di luar negara, adakah saya layak memohon? Layak dengan syarat anda telah berkhidmat di IPT di Malaysia untuk tempoh 5 tahun secara kumulatif semasa permohonan.
3. Saya telah memohon pada tahun sebelumnya dan tidak berjaya. Saya ingin memohon sekali lagi. Perlukah saya mengisi borang semula? Ya, anda perlu mengisi borang permohonan semula dengan syarat umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari pada tahun yang dinilai.
4. Perlukah semua sijil dan bahan bukti saya disahkan benar? Ya, perlu.
5. Bolehkah penganugerahan dan pengiktirafan yang diterima semasa saya tidak bermastautin di Malaysia digunakan untuk permohonan anugerah ini? Ya, jika dianugerahkan sebelum 1 Januari pada tahun yang dinilai.
6. Bolehkan permohonan dikemukakan tanpa melalui universiti? Tidak boleh, semua permohonan mesti melalui universiti.
7. Adakah saya layak memohon sekiranya saya dipinjamkan ke universiti/agensi lain di dalam atau luar Malaysia semasa permohonan? Layak jika perkhidmatan di IPT mencukupi 5 tahun secara kumulatif semasa permohonan. Semua sijil mesti disahkan oleh IPT yang mencalonkan.
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi