








| Bil. | Soalan | Jawapan |
|---|---|---|
| 1. | Apakah jenis produk yang boleh dipertandingkan? | Produk yang boleh dipertandingkan mestilah memenuhi syarat dan peraturan terkini. Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang dibangunkan daripada harta intelek yang berdaftar. Produk berasaskan harta intelek yang tidak berdaftar dengan MYIPO atau badan berkuasa diiktiraf*, seperti trade secret, mestilah didaftar dan diperakukan di peringkat IPT dan produknya mempunyai trademark. |
| 2. | Bolehkah saya mempertandingkan satu teknologi yang menghasilkan lebih daripada satu produk? | Boleh dipertimbangkan, jika menggunakan teknologi asas daripada IP yang sama untuk menghasilkan produk-produk yang berkait rapat. |
| 3. | Bolehkah saya mempertandingkan produk jika saya mengkomersialkannya melalui pihak ketiga dengan tidak melibatkan Universiti? | Tidak boleh. Hanya produk yang dikomersialkan melalui Universiti dengan syarat terdapat perjanjian pemindahan teknologi/pengkomersialan di antara Universiti dengan Syarikat/Enterprise berdaftar. |
| 4. | Bolehkah saya membuat permohonan jika saya masih menunggu sijil kelulusan harta intelek? | Boleh. Bukti pemfailan IP perlu disertakan. |
| 5. | Bolehkah saya membuat permohonan jika produk saya tidak mempunyai jenama? | Boleh. Asalkan produk tersebut memenuhi syarat dan peraturan terkini. |
| 6. | Produk saya mempunyai perlindungan harta intelek, walau bagaimanapun, pihak Universiti telah mengkomersialkan produk tersebut dengan menjual terus (outright sale/assignment) kepada sebuah syarikat berdaftar. Adakah saya masih layak untuk mempertandingkan produk tersebut? | Boleh. Dengan syarat produk tersebut memenuhi syarat dan peraturan terkini. |
| 7. | Produk saya dijual oleh syarikat bersama produk lain yang tidak berkaitan dengan produk saya. Jumlah jualan kasar syarikat telah melebihi RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu), layakkah saya memohon dalam kategori ini? | Jika jumlah jualan kasar kumulatif sekurang-kurangnya RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) adalah daripada produk yang dipertandingkan sahaja maka ia layak dipertandingkan. |
| 8. | Bolehkah saya menyertai pertandingan sekiranya saya telah menghasilkan produk semasa menjalankan penyelidikan di luar Negara? | Boleh, dengan syarat sekurang-kurangnya 50% kerja penyelidikannya dijalankan oleh warganegara Malaysia di IPT Malaysia dan harta intelek dimiliki (tunggal atau bersama) oleh IPT di Malaysia. |
| 9. | Mengapa saya perlu menyertakan bukti jualan yang disahkan oleh juruaudit berdaftar? | Jawatankuasa penilaian memerlukan bukti tersebut untuk verifikasi nilai jualan yang diisytiharkan. |
| 10. | Sekiranya penjualan kasar bagi produk saya mencapai tahap minimum kelayakan (RM500,000.00) setelah saya bersara daripada IPT, adakah saya masih layak untuk memohon? | Pemohonan mestilah dibuat oleh ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa atau berjawatan hakiki di IPT di Malaysia sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai. (Institusi Pendidikan Tinggi merujuk kepada semua universiti/kolej universiti awam dan swasta, politeknik, dan kolej komuniti) |
| 11. | Jika saya menang, perlukah saya membahagikan hadiah tunai dengan rakan perekacipta produk tersebut? | Secara etika, hadiah wang tunai (dan cukai berkaitan) perlu dikongsikan antara ahli pasukan perekacipta mengikut peratus sumbangan yang telah dinyatakan dalam borang permohonan. |
| 12. | Jika saya mempunyai lebih dari satu produk yang layak untuk dipertandingkan, bolehkah saya memohon pada tahun penilaian yang sama? | Boleh. Setiap produk wajib diisi dalam borang yang berasingan. |