| 1. |
Apakah jenis buku yang layak dikemukakan untuk permohonan? |
Buku yang layak dikemukakan ialah buku ilmiah dan buku ilmiah popular dengan syarat buku tersebut telah memenangi anugerah/hadiah yang diiktiraf. |
| 2. |
Bolehkah e-buku dikemukakan untuk permohonan? |
Boleh. |
| 3. |
Apakah anugerah/hadiah yang diiktiraf? |
Beberapa anugerah unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sila rujuk syarat dan peraturan di https://jpt.mohe.gov.my/aan. |
| 4. |
Buku terbitan pada tahun bila layak dikemukakan untuk permohonan? |
Buku yang diterbitkan antara tahun 2020 dan 2025 atau anugerah/hadiahnya diterima dalam tempoh enam (6) tahun penilaian. |
| 5. |
Siapakah yang boleh memohon? |
Semua ahli akademik seperti dalam syarat dan peraturan Kategori Anugerah Penerbitan Buku. Permohonan hendaklah disahkan oleh Naib Canselor atau yang setaraf dengannya. |
| 6. |
Bolehkah buku yang ditulis bersama pengarang lain dikemukakan untuk permohonan? |
Boleh. Asalkan tidak lebih daripada tiga (3) orang pengarang. |
| 7. |
Bagi buku pengarang bersama, siapakah yang boleh mengemukakan permohonan? |
Salah seorang pengarang boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan surat persetujuan pengarang yang lain. |
| 8. |
Sekiranya pengarang bersama meninggal dunia, bolehkah buku dicalonkan? |
Boleh. |
| 9. |
Adakah pengarang bersama yang bukan warganegara layak untuk memohon? |
Tidak layak. |
| 10. |
Bolehkah buku berbahasa selain daripada Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris dikemukakan untuk permohonan? |
Tidak boleh. |