| 1. |
Adakah makalah yang diterbitkan secara dalam talian pada tahun yang dinilai tetapi dicetak pada tahun berikutnya layak dikemukakan untuk permohonan? |
Tidak layak. Makalah yang sedemikian hanya layak untuk dipertimbangkan pada tahun berikutnya. |
| 2. |
Apakah tempoh masa minima perkhidmatan seseorang ahli akademik untuk layak memohon kategori penerbitan makalah jurnal? |
Tiada tempoh minima dengan syarat pemohon adalah ahli akademik IPT pada tahun yang dinilai. |
| 3. |
Bolehkah Universiti memohon lebih daripada 3 makalah bagi setiap bidang? |
Tidak. Universiti tidak boleh mengemukakan permohonan lebih daripada 3 makalah bagi bidang sains dan 3 bagi bidang sains sosial. Sekiranya permohonan melebihi bilangan yang ditetapkan, sistem atas talian akan menolak secara automatik. |
| 4. |
Adakah pihak AAN menerima permohonan bagi makalah review (review paper)? |
Ya. Walau bagaimanapun, Letter to Editor, Commentary dan Editorial tidak diterima. |
| 5. |
Adakah penulis selain daripada pengarang koresponden boleh memohon? |
Tidak. Hanya pengarang koresponden yang layak memohon kerana pengarang koresponden adalah yang bertanggungjawab terhadap penerbitan makalah tersebut. |